WAKAF KHAS AIR MINUMAN PELAJAR UKM-GSB
JOM MENYUMBANG KEPADA WAKAF AIR UKM-GSB!
Air merupakan keperluan umat manusia dan sejagat. Di dalam ajaran agama Islam juga menjelaskan bahawa air adalah sebagai wasilah kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk beribadat kepada-Nya. Di dalam konteks institusi pengajian, sumber bekalan air bersih adalah penting bagi memenuhi keperluan dan kebajikan para pelajar khususnya.
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB) menyambut baik usaha ini dan terus berusaha untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh itu, dengan segala hormatnya pihak UKM-GSB ingin menjemput YBhg. Prof Ulung/ Tan Sri/Prof./ Dato' Seri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan, para alumni, warga UKM & masyarakat umum bagi bersama-sama membantu menjayakan hasrat murni ini dan seterusnya membantu generasi masa depan memperoleh sumber air yang lestari.
Inisiatif kempen wakaf ini adalah satu usaha baharu yang diperkenalkan oleh UKM-GSB bagi membuka peluang kepada warga UKM & masyarakat umum untuk berwakaf kepada universiti. Ia juga dapat memberi motivasi kepada para alumni untuk menyumbang kembali kepada alma mater melalui kaedah berwakaf. Sehingga kini, UKM-GSB telah mengusahakan pemasangan tiga (3) mesin penapis air di kampus, hasil sumbangan wakaf yang diperolehi.
PELUANG AMAL JARIAH YANG BERTERUSAN
Untuk makluman, setiap nilai sumbangan wakaf dihargai namun jika terdapat insan yang berminat untuk memberikan sumbangan secara pakej seperti yang ditawarkan berikut:
- Pakej A: Wakaf Persendirian – RM 8,340 per lot (1 penama)
- Pakej B: Wakaf Perkongsian – RM 150 per lot (Dikongsi 56 penama)
- Pakej C: Wakaf Umum – Tiada had sumbangan (tiada had bagi kuota lot)
Mohon rujuk poster kempen bagi maklumat pakej yang lebih terperinci.
Sumbangan boleh disalurkan melalui portal Give2UKM melalui pautan berikut: https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/87 atau melalui akaun: CIMB Bank Berhad no. akaun: 8600452009 Bendahari UKM (Wakaf), berserta lampiran penyata (jika menyumbang melalui pindahan ke akaun), Rujukan: ‘Wakaf Air’ dan emelkan kepada: haneef@ukm.edu.my.
Sebarang jumlah sumbangan (tidak terhad) yang YBhg. Prof Ulung/ Tan Sri/Prof./ Dato' Seri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan wakafkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih, dan didoakan semoga beroleh rahmat di sisi Allah S.W.T. Semoga sumbangan wakaf yang diberikan akan menjadi saksi dan dihitung sebagai amal soleh.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi En. Haneef melalui emel: haneef@ukm.edu.my atau di talian 03-89215782 / 019-3166746.
SPESIFIKASI MESIN PENAPIS AIR UKM-GSB
Brand: Coway
Product Code & name: CORE PLUS (CHP-5721L)
Tank Capacity:
10.4 Litres Ambient Water
7.1 Litres Cold Water
3.6 Litres Hot Water
Sales Type: Rental
Rental/Outright Purchase Fee: 139
Contract Period/Term: 5 Year (Minimum 36 mth)
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).