
SOALAN-SOALAN LAZIM / FAQ
1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan Sistem Give2UKM ?
Berikut ialah kategori yang dibenarkan untuk mendaftar di Sistem Give2UKM:
i) Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan Sistem Give2UKM?
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan.
3. Pendaftaran individu/perniagaan/syarikat ?
Pendaftaran:
i) Warga UKM: Klik pada bahagian log masuk>kakitangan/pelajar UKM> masukkan UKMPer dan password.
ii) Bukan warga/perniagaan/syarikat: Klik pada bahagian log masuk>Tetamu UKM>Daftar pengguna baru
4. Kelebihan bagi individu/perniagaan/Syarikat yang berdaftar di dalam Sistem Give2UKM ?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang membuat pendaftaran di dalam Sistem Give2UKM akan memperoleh satu (1) akaun Individu/Perniagaan/Syarikat dan dashboard akaun Individu/Perniagaan/Syarikat.
5. Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di Sistem Give2UKM ?
Orang awam atau pengguna Sistem Give2UKM disarankan menggunakan e-mel yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem Give2UKM. Untuk e-mel korporat, sila pastikan urusetia e-mel anda membenarkan e-mel dari luar dan juga semak capaian spam.
6. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di Sistem Give2UKM ?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam Sistem Give2UKM.
7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan Sistem Give2UKM ?
Orang awam atau pengguna Sistem Give2UKM disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
8. Apakah had bagi setiap sumbangan ?
Had maksimum sumbangan menggunakan UKMPayment adalah RM 100,000.00
9. Bolehkah penyumbang menarik balik sumbangan ?
TIDAK. Penyumbang tidak dibenarkan menarik balik sumbangan yang dibuat.
10. Adakah penyumbang akan menerima apa-apa makluman ?
Ya, segala aktiviti sumbangan akan memperolehi resit daripada Razer di dalam peti masuk akaun penyumbang atau pemberitahuan e-mel.
11. Bilakah kemaskini bagi setiap sumbangan ?
Kemaskini bagi setiap sumbangan akan dipaparkan pada akaun penyumbang di dalam Sistem Give2UKM. Bagi meter paparan setiap tabung, kemaskini akan dibuat oleh pihak Bendahari dalam tempoh 7 hari bekerja.
12. Bagaimana untuk mengetahui jika penyumbang telah berjaya/gagal memberi sumbangan ?
Sistem akan menghantar e-mel makluman kepada penyumbang untuk memaklumkan status sumbangan yang berjaya. Sumbangan juga bergantung kepada status kewangan yang terdapat di dalam akaun individu/syarikat
Penyumbang yang log masuk boleh menyemak sumbangan pada menu Sumbangan -> Sejarah Sumbangan atau melalui emel status pembayaran yang dihantar oleh Razer.
13. Bagaimanakah kaedah pembayaran sumbangan dilakukan ?
Penyumbang hanya boleh melakukan sumbangan melalui perbankan atas talian menggunakan UKMPayment.