Potongan Gaji
img
ZAKAT UKM

Universiti ini sentiasa komited memegang amanah dalam menguruskan hal ehwal zakat universiti, dengan memanfaatkan potensi kutipan zakat demi memastikan pengagihan berjaya dilakukan secara efisien, efektif dan berkesan kepada penerima. Di UKM, sebanyak 29 jenis bantuan zakat disediakan bagi memenuhi segala keperluan dalam menyelesaikan permasalahan yang membelenggu para asnaf di sini. UKM bertekad untuk terus menyantuni asnaf warga demi melahirkan umat yang cemerlang akademik, serta berupaya menjadi pemangkin dalam memperkasakan agama Islam kelak.

 

Bantuan zakat yang disediakan oleh universiti adalah berteraskan maqasid shariah dengan meneliti kepada keperluan berdasarkan peringkat keutamaannya. Antara bantuan tersebut ialah Yuran Pengajian, Sara Diri, Perubatan, Perumahan, Keperluan Pembelajaran, Keperluan Pengajian Peringkat Profesional, Musibah, Mualaf, Bencana Alam, Persekolahan, dan lain-lain bantuan yang diperlukan.

 

Pembayaran zakat di Universiti ini akan disertakan dengan resit rasmi Lembaga Zakat Selangor yang diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dapatkan maklumat lanjut mengenai kami di www.ukm.my/zakat atau di facebook Tabung Amanah Zakat UKM. Tuan/ puan juga dipelawa untuk hadir ke kaunter Zakat Universiti di Aras Bawah, Masjid Universiti, UKM Bangi.

Hubungi kami ditalian 03- 8921 4225/ 5820.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).