TABUNG PENGURUSAN DAN NAIK TARAF PUSAT ISLAM UKM
LATAR BELAKANG
i. Masjid Universiti kini telah mencecah usia 50 tahun, di mana bangunan ini merupakan antara bangunan yang tertua dan pertama yang dibina semasa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Ironiknya dengan usianya sebegitu, maka banyak struktur asas bangunan, barang kelangkapan, pendawaian, peralatan elektronik dan lain-lain perkara sudah tidak dapat berfungsi sebaiknya disebabkan tempoh penggunaan yang panjang.
ii. Maka urus setia telah merangka cadangan projek Transformasi Masjid Universiti bertujuan untuk menjadikan Masjid Universiti sebagai satu pusat yang dinamik dengan penyediaan kelangkapan dan kemudahan yang terbaik, keberadaan prasarana dan persekitaran ditahap yang sangat kondusif. Dalam masa yang sama, kepenggunaan ruang serta bangunan yang optimum dan berimpak tinggi, penerapan kemudahan dan peralatan teknologi digital yang keterhadapan (glokal), supaya Masjid Universiti dijadikan sebagai pusat sehenti bagi segala aktiviti harian, akademik, ibadah, sukan dan lain-lain. Selain itu, penerapan konsep Education Masjid (Edu-Masjid) turut ditekankan dalam perjek perbaharuan ini, selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4 (IR 4.0).
iii. Oleh itu bagi merealisasikan projek ini, maka tindakan susulan serta pemeriksaan telah dilakukan ke atas bangunan Masjid Universiti oleh pihak urus setia dan mendapati bahawa, beberapa kerja-kerja pengubahsuaian/ baikpulih perlu dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kesegeraan dan kerosakan yang berlaku, dengan meneliti nilai impak yang dihasilkan terhadap kelancaran pengurusan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Islam.
iv. Hasil penilitian yang dilaksanakan oleh pihak urus setia, maka beberapa cadangan kerja-kerja ubah suai yang melibatkan struktur asas, kelengkapan, peralatan dan lain-lain perkara untuk penelitian lanjut adalah sepertimana berikut:
Bil. | Kerja-kerja Ubah suai | Tahap |
1 | Ubah Suai Ruang Tingkat 3. (Melibatkan ruang utama, 3 ruang serbaguna, 2 bilik air dan 4 tangga utama) | 3 |
2 | Ubah Suai Pejabat Utama Pusat Islam. (Melibatkan pejabat Pusat Islam, ruang tengah masjid, bilik imam, bilik mesyuarat dan bilik seminar) | 3 |
3 | Pendawaian Elektrik, Pembesar Suara, Internet, Penjana Elektrik dan CCTV. (Melibatkan keseluruhan bangunan masjid, Menara Utama dan kawasan di sekitar taman masjid) | 2 |
4 | Pemasangan 2 buah Escalator dan 1 buah Elevator. (Melibatkan bahagian tangga utama dan tangga sisi Masjid Universiti) | 2 |
5 | Pemasangan Peralatan Elektrik, Pembesar Suara, lampu dan siling kapur. (Melibatkan keseluruhan bangunan masjid) | 2 |
6 | Pemasangan Jubin/ Marmar. (Melibatkan koridor aras bawah, aras atas dan 4 tangga utama bangunan) | 2 |
7 | Baik Pulih Koridor/ Kaki Lima Bangunan Masjid. (Melibatkan koridor luar aras bawah bangunan masjid dan laluan perjalan kaki di sekitar kawasan masjid) | 2 |
8 | Mengecat Bangunan Masjid. (Melibatkan keseluruhan luar bangunan masjid) | 1 |
9 | Ubah Suai Mihrab Masjid. (Melibatkan aras 2, bangunan masjid) | 1 |
10 | Ubah Suai Ruang Masak. (Melibatkan keseluruhan bangunan memasak masjid) | 1 |
11 | Mewujudkan Ruang Membaca, Istirahat dan Perbincangan. (Melibatkan ruang tempat wudhu’ wanita) | 1 |
* Indikator tahap adalah seperti berikut: 1 : Sederhana, 2 : Pertengahan, 3 : Segera
v. Sebanyak 11 kerja-kerja ubah suai yang disenaraikan ini merupakan perancangan jangka masa pendek bagi tempoh 3 tahun, dirangka bagi menjayakan Projek Transformasi Masjid
Universiti selari dengan hasrat universiti ke arah kampus kondusif dan berteknologi.
vi. Selain daripada projek-projek fizikal tersebut, perancangan bagi menambah baik pengurusan, pentadbiran, aktiviti dan program-program yang berkaitan turut dilaksanakan
secara serentak, agar ianya selari dengan perkembangan dan penambah baikan fizikal yang dilaksanakan Masjid Universiti.
OBJEKTIF
Mengumpul dana bagi menampung kos pengurusan, naik taraf dan aktiviti pengimarahan Masjid UKM sepanjang tahun.
Masjid UKM membelanjakan kos yang tinggi setiap tahun bagi aktiviti dakwah dan pengimarahan masjid disamping menaik taraf dan menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada jemaah.
Oleh hal demikian, Masjid UKM memerlukan bantuan sumbangan dari warga dan bukan warga bagi menampung kos perbelanjaan tersebut.
TUJUAN UTAMA
1. Menaik taraf sistem siaraya Masjid UKM
2. Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan Masjid UKM
3. Menampung perbelanjaan bagi aktiviti pembangunan dan pengimarahan Masjid UKM seperti program berbuka puasa, daurah, ceramah dan lain-lain.
ULASAN PENTADBIRAN
i. Rancangan projek Transformasi Masjid Universiti 2020 ini merupakan satu unjuran rangka kerja jangka pendek yang memakan masa selama 3 tahun berlandaskan beberapa fasa pembinaan yang telah diaturkan.
ii. Projek Tranformasi ini memerlukan implikasi kewangan yang besar. Maka rancangan rapi telah dilakukan bagi memastikan pendanaan tersebut mencukupi untuk menampung keseluruhan kos projek sepertimana yang diperlukan.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).