img
TABUNG KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR CITRA UKM
28.80%
Semasa: RM 28,797.50
Sasaran: RM 100,000.00

TABUNG AMANAH KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR CITRA UKM (TPU64)

 

Pengenalan

 

Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM) telah menawarkan Program Sarjana Muda Sains Citra (SmSn Citra) mulai sesi akademik 2018/2019. Sehingga kini pada sesi 2021/2022, CITRA UKM mempunyai 215 orang pelajar prasiswazah merangkumi kohort pertama sehingga kohort ke-empat.

 

Selaras dengan konsep Future Ready Curriculum (FRC) yang diaspirasikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Program Sarjana Muda Sains Citra merupakan program pertama di Malaysia yang mempunyai struktur pengajian yang fleksibel dan merentas disiplin. Pelajar program ini membina bidang-bidang penumpuan mereka bersesuaian dengan latar belakang akademik, minat dan hala tuju kerjaya masing-masing dengan bimbingan mentor dan urusetia program. Kaedah pelaksanaan pengajian dalam program Sarjana Muda Sains Citra adalah secara 2u2i atau 3u1i iaitu pelajar mengikuti kuliah selama 2 atau 3 tahun di universiti dan menjalani pembelajaran berasaskan pekerjaan (Workbased Learning) di industri selama 1 atau 2 tahun.

 

Penyataan Permasalahan

 

Sebagai sebuah fakulti baharu, pelajar SmSn Citra memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan dan pembangunan pelajar. Selain daripada sumber bantuan sedia ada di universiti seperti zakat dan unit kebajikan pelajar, CITRA UKM mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu tabung amanah kebajikan dan pembangunan khusus untuk pelajar SmSn Citra.

 

Rasional Penubuhan

 

Tabung CITRA UKM telah menubuhkan Tabung Amanah Kebajikan dan Pembangunan Pelajar Citra UKM bagi membiayai aktiviti seperti berikut:

 

1. Urusan kebajikan pelajar Citra

2. Program-program pembangunan pelajar anjuran CITRA UKM

3. Program-program anjuran pelajar dan Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESISTRA)

4. Lain-lain tujuan yang diluluskan oleh Pengurusan CITRA UKM dan Ahli Jawatankuasa Tabung.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah tabung ini adalah sumbangan bantuan makanan, bantuan bencana dan kemalangan, bantuan peranti pembelajaran, bantuan kesihatan dan sebagainya kepada pelajar yang memerlukan. Aktiviti pembangunan pelajar yang dirancang adalah pembangunan ruang fizikal untuk kegunaan pelajar serta pembangunan kemahiran sahsiah (reskilling dan upskilling) pelajar.

 

Melalui penubuhan tabung ini, pelajar-pelajar SmSn Citra dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber kebajikan sedia ada di universiti yang mana boleh disalurkan kepada pelajar di fakulti lain.

 

Perancangan Kewangan/Sasaran Jumlah Sumbangan

 

1. Urusan kebajikan pelajar Citra (RM40,000.00)

2. Program-program pembangunan pelajar anjuran CITRA UKM (RM25,000.00)

3. Program-program anjuran pelajar dan Persatuan Mahasiswa Citra UKM (PESISTRA) (RM25,000.00)

4. Lain-lain tujuan yang diluluskan oleh Pengurusan CITRA UKM dan JK Tabung (RM10,000.00)

 

Jumlah Keseluruhan Sasaran: RM100,000.00

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).