img
TABUNG KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PRASARANA NUKLEAR FST
0.31%
Semasa: RM 765.00
Sasaran: RM 250,000.00

TUJUAN

 

Tabung ini diwujudkan untuk mengumpul dana kewangan bagi tujuan  kebajikan warga NUKLEAR serta melaksanakan penambahbaikan infrastruktur di Bangunan Sains Nuklear, FST UKM.

 

 

LATAR BELAKANG

 

Bangunan Sains Nuklear ditubuhkan pada tahun 1995. Bangunan ini digunakan oleh warga Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear (NUKLEAR) dan Program Sains Nuklear, FST UKM.

 

Melalui pemantauan terkini pihak NUKLEAR, terdapat beberapa fasiliti sudah terlalu lama dan terdapat juga beberapa kerosakan. Keadaan tersebut boleh menyukarkan para pengguna dan seterusnya boleh menjejaskan imej NUKLEAR, FST dan UKM. Justeru, infrastruktur, prasarana dan kemasan bangunan tersebut perlu dinaiktaraf dan dibaikpulih untuk kemudahan dan keselesaan para pelajar, pensyarah dan kakitangan. Selain itu, untuk menjaga kebajikan warga NUKLEAR, dana kecemasan juga perlu disediakan.

 

NUKLEAR berhasrat untuk menubuhkan sebuah tabung khusus yang mensasarkan pembelian/pendanaan bagi kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih infrastruktur, prasarana dan kemasan bangunan di Bangunan Sains Nuklear bagi menyediakan tempat dan suasana yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

 

Di samping itu, tabung khusus ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan warga NUKLEAR, di mana boleh membantu warga NUKLEAR ketika berlaku kecemasan, musibah ataupun bencana.

 

Cadangan penubuhan tabung ini juga merupakan salah satu usaha untuk menjaga imej NUKLEAR, seterusnya mampu menjaga nama baik FST dan UKM.

 

OBJEKTIF

 

Objektif penubuhan Tabung Kebajikan dan Pembangunan Prasarana NUKLEAR FST adalah untuk:

i. pendanaan kebajikan warga NUKLEAR

ii. pembangunan prasarana

 

PERINCIAN

 

Tabung Kebajikan dan Pembangunan Prasarana NUKLEAR FST ini diwujudkan bagi membantu NUKLEAR untuk menaiktaraf dan membaikpulih infrastruktur, prasarana dan kemasan bangunan di Bangunan Sains Nuklear, serta untuk pendanaan kebajikan warga NUKLEAR. Perincian penggunaan sumbangan/ dana daripada Tabung Kebajikan dan Pembangunan Prasarana NUKLEAR FST adalah seperti berikut:

1. Kebajikan warga NUKLEAR - RM50,000

2. Penambahbaikan dan pemodenan prasarana - RM100,000

3. Pembangunan dan pembinaan baru prasarana - RM100,000

 

MANFAAT PENUBUHAN

 

Penubuhan Tabung Kebajikan dan Pembangunan Prasarana NUKLEAR FST ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pelajar, pensyarah/penyelidik dan kakitangan. Pelajar akan dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa. Proses pembelajaran dan pengajaranjuga dapat dijalankan dengan lebih lancar.

 

Dapat menjaga kebajikan pelajar, pensyarah/penyelidik, kakitangan dan pelawat yang hadir ke Bangunan Sains Nuklear, FST UKM, serta membantu warga NUKLEAR ketika keperluan mendesak.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).