TABUNG TAJAAN BIASISWA DAN PENYELIDIKAN SISWAZAH CITRA UKM
LATAR BELAKANG
Pusat Pengajian Citra Universiti telah menawarkan Program Sarjana Sains Citra bermula Sesi 2022/2023 setelah mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Swaakreditasi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 01hb Jun 2022.
Demi memenuhi permintaan pengajian lanjutan Program Sarjana Sains Citra dan pihak-pihak berkepentingan lain, Jawatankuasa Pengajian Siswazah PPCU juga sedang dalam proses pembangunan dan permohonan Program Doktor Falsafah.
Satu mekanisme berstruktur diperlukan untuk mengumpul dan mempelbagaikan sumber pendanaan sama ada penajaan sumbangan yang berbentuk peribadi atau korporat untuk biasiswa dan penyelidikan siswazah di PPCU.
Penubuhan Tabung Amanah khusus diperlukan untuk menyimpan semua wang yang diterima bagi sesuatu maksud amanah yang nyata dan jelas dan memastikan kawalan dilakukan sebaik mungkin supaya memenuhi fungsi penubuhannya.
TUJUAN
Antara tujuan penggunaan wang yang berada di dalam tabung amanah ini adalah:
a) Tajaan Pembiayaan Pelajaran Siswazah PPCU
b) Elaun Sara Hidup Siswazah PPCU
c) Aktiviti-aktiviti penyelidikan Siswazah PPCU
d) Lain-lain tujuan yang diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan PPCU
PERINCIAN
Jumlah keseluruhan dana adalah RM100,000.00
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).