img
TABUNG DERMASISWA DAN KEBAJIKAN FTSM
0.84%
Semasa: RM 840.00
Sasaran: RM 100,000.00

LATAR BELAKANG

 

Tujuan tabung amanah ini ditubuhkan adalah bagi menjadi satu plalform yang sah bagi tujuan kutipan dan sumbangan dan bagi tujuan bantuan kebajikan pelajar FTSM.

 

TUJUAN

 

Tabung bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong kebajikan pelajar, menyediakan dermasiswa pelajar dan pembelian peralatan ICT untuk pelajar yang memerlukan.

 

OBJEKTIF

 

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat mempunyai ramai pelajar yang terdiri dari kalangan asnaf dan golongan B40 dari berbilang kaum. Data dari SMPWeb menunjukkan seramai 422 orang pelajar FTSM dari kategori ini.

 

Selain keperluan bantuan dermasiswa dan kebajikan kewangan yang berkala, terdapat juga keperluan kecemasan mendesak yang sering diperlukan seperti kematian ahli keluarga yang ditimpa kemalangan atau jatuh sakit, serta bantuan mengadakan program kebajikan tahunan kepada golongan B40 dan asnaf.

 

Sehingga kinim FTSM belum mempunyai tabung amanah khas bagi tujuan mengadakan aktiviti untuk membolehkan pengumpulan dan penyaluran dana dapat dilakukan dengan cepat, telus dan mudah. Tabung ini akan membantu pengurusan sumbangan ahli fakulti, alumni, orang perseorangan dan NGOs.

 

Antara objektif penubuhan TABUNG DERMASISWA DAN KEBAJIKAN FTSM adalah untuk;

 

i. Bantuan kebajikan pelajar seperti sara diri, keperluan peribadi seperti kaca mata, musibah, kehilangan ibu bapa, bencana alam dan lain-lain.

ii. Dermasiswa pelajar seperti pembayaran yuran pengajian dan kolej penginapan

iii. Pembelian alatan ICT untuk pelajar kurang berkemampuan seperti komputer riba dan upgrade komputer sedia ada untuk pembelajaran.

 

iv. Program sumbangan makanan seperti Gerobok Rezeki dan lain-lain.

 

MANFAAT

 

Penubuhan Tabung khusus dermasiswa dan kebajikan pelajar FTSM ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pelajar FTSM dari golongan asnaf dan B40 khasnya.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).