img
TABUNG DIGITAL INNOVATOR PROGRAMME (DIP), PUSAT GENIUS@PINTAR NEGARA
2.53%
Semasa: RM 50,515.00
Sasaran: RM 2,000,000.00

 
 

PENGENALAN

 

Dalam usaha untuk mengasah bakat bagi melahirkan pakar dalam bidang teknologi digital yang berdaya saing di tahap antarabangsa, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM (PGPN UKM)  telah melaksanakan Digital Innovator Programme (DIP) yang bertujuan membimbing dan memupuk murid yang berbakat dalam bidang teknologi digital untuk menjadi bakal pencipta inovasi digital untuk negara pada masa depan. PGPN UKM telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada MDEC, KPM dan rakan industri teknologi sebagai industri yang paling sesuai untuk penubuhan DIP.

 

Pada tahun 2019, Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC yang ke-30 yang dipengerusikan oleh mantan YAB Perdana Menteri telah meluluskan konsep Future Innovator's School (FIS) dan memberi mandat kepada MDEC untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan rakan sektor swasta untuk menyediakan pengambilan pertama DIP pada Januari 2021.

 

Jurusan ini akan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi dan kemahiran teknologi digital untuk menjalani kurikulum akademik yang menjurus kepada bidang teknologi digital seperti Sains Komputer, Data Sains, Keselamatan Siber, Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI).

 

Murid juga akan dididik dalam kemahiran penyelesaian masalah da akanMampu t mendapat pengalaman menhasilkan pelbagai projek inovasi digital dengan bimbingan  rakan industri dari bidang teknologi.

 

SASARAN KUTIPAN

 

Sasaran kutipan adalah sebanyak RM5,000,000.00 dan akan melalui 3 fasa untuk tempoh 5 tahun.

 

Fasa 1: Sasaran kutipan ialah sebanyak RM2,000,000.00 untuk dua (2) tahun pertama.

 

Fasa 2: Sasaran kutipan ialah sebanyak RM2,000,000.00 untuk tahun ketiga dan keempat.

 

TERMA RUJUK (TERMS OF REFERENCE)

 

Pusat GENIUS@Pintar Negara (PGPN) merupakan pelaksana kepada program DIP bersama dengan MDEC sebagai rakan strategik untuk memastikan program ini memenuhi keperluan negara.

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).