img
WAKAF KHAS TAMAN BOTANI BANGI
0.08%
Semasa: RM 782.00
Sasaran: RM 1,000,000.00

LATAR BELAKANG

1. Taman Botani Bangi merupakan taman yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2020 dan telah dirasmikan pada 1 Jun 2022 oleh Pengerusi Lembaga Universiti YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak.

2. Taman ini terdiri daripada beberapa 4 unit iaitu Kompleks Rumah Tumbuhan dan kawasan ladang, Taman Paku Pakis UKM, Taman Herba UKM dan Hutan Simpan Kekal Bangi, UKM.

3. Taman ini ditubuhkan bertujuan untuk:

a) Pemeliharaan dan pemuliharaan spesies tumbuhan yang diancam kepupusan,

b) Menyokong aktiviti penyelidikan dan bertindak sebagai makmal semulajadi untuk penyelidikan,

c) Pemindahan ilmu mengenai kepelbagaian biologi negara kita dan juga mengenai alam sekitar kepada warga dan juga bukan warga UKM.

d) Pusat rujukan untuk kepelbagaian flora di Malaysia,

e) Menjadi taman rekreasi untuk warga dan juga warga UKM.

f) Pusat bank genetik tumbuhan yang berada di dalam lingkungannya.

4. Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pendanaan Taman Botani Bangi untuk pembelian kenderaan, bangunan pasang siap dan pembangunan nurseri.

5. Dana Wakaf Taman Botani Bangi ini akan memberi peluang kepada semua kakitangan UKM sama ada di kalangan pentadbir, kakitangan pengurusan, akademik, sokongan dan juga pihak luar menyumbang kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi flora dan juga fauna yang terdapat dalam lingkungan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM Bangi, Selangor.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Pembelian kenderaan yang boleh digunakan untuk semua aktiviti yang memerlukan kenderaan di Taman Botani Bangi.

2. Pembinaan dan penambahbaikan bangunan nurseri di rumah teduh Taman Botani Bangi.

3. Office container atau bangunan pasang siap diperlukan untuk menambah ruang P&P kepada warga UKM dan pelanggan UKM bagi menarik minat mereka terhadap program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh TBB.

 

CADANGAN

1. Tujuan adalah untuk pembelian kenderaan untuk mengatasi masalah ketiadaan pengangkutan bagi membawa pelbagai item termasuk kakitangan, barangan dan tumbuhan.

2. Dana juga diperlukan untuk pembangunan nurseri rumah teduh di Taman Botani Bangi yang menempatkan koleksi tumbuhan natif, koleksi tumbuhan herba dan juga tapak aktiviti pendidikan di Office container atau bangunan pasang siap.

3. Cadangan perbelanjaan ke atas dana yang disasarkan boleh dirujuk pada Jadual berikut:

Fasa 1: Sasaran kutipan RM200,000.00

Fasa 2: Sasaran kutipan RM300,000.00

Fasa 3: Sasaran kutipan RM500,000.00

 

MANFAAT PENUBUHAN

1. Penubuhan Wakaf Khas Taman Botani Bangi-FST, UKM ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada penaiktarafan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, agar boleh berkembang menjadi taman botani bertaraf antarabangsa.

2. Penubuhan Wakaf Khas Taman Botani Bangi-FST ini juga dapat memberi peluang lebih ramai menyumbang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi negara kita.

 

3. Penubuhan wakaf ini akhirnya akan memberi manafaat kepada UKM kerana ia akan membantu menyerlahkan mengenai kewujudan Taman Botani Bangi-FST khasnya dan UKM amnya kepada masyarakat luar UKM.

 

 

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).