img
TABUNG YAYASAN CANSELOR
9.02%
Semasa: RM 45,101.12
Sasaran: RM 500,000.00

Tabung Yayasan Canselor

Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pihak industri, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Pro Naib Canselor (Penjanaan). Bidang Operasi dan Tanggungjawab 

 

Yayasan Canselor dipertanggungjawabkan untuk:

1) Menerima sumbangan dan menjana kewangan Universiti

2) Bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM untuk menguruskan dana sumbangan serta menjana dana mengikut keperluan

  

Tabung Yayasan Canselor memainkan beberapa peranan penting sejak asal penubuhan. Ini termasuk pembiayaan pelbagai jenis biasiswa tahunan yang disalurkan melalui beberapa pusat seperti CRIM. Selain dari biasiswa, Tabung Yayasan Canselor juga berperanan dalam pembangunan dan penambahbaikan prasarana UKM untuk kegunaan warga UKM untuk kegiatan ilmiah.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).