img
WAKAF KHAS PEMBANGUNAN SURAU KOLEJ TUN SYED NASIR
0.00%
Semasa: RM 0.00
Sasaran: RM 100,000.00

 
LATAR BELAKANG

Surau Tun Syed Nasir adalah pusat utama bagi program kerohanian untuk 1300 orang penghuni KTSN namun memerlukan pembiayaan dana bagi memberi keselesaan dalam beribadah dan sokongan kepada program pembangunan rohani pelajar.

 

OBJEKTIF 

Objektif Wakaf Khas Pembangunan Surau Kolej Tun Syed Nasir adalah untuk;

  1. Membiayai kerja naik taraf dan baik pulih fizikal Surau Kolej Tun Syed Nasir
  2. Penukaran karpet dan membeli alatan ibadah, sistem audio visual terkini serta membeli bidai solat bagi ruangan muslimat.
  3. Menyokong pelaksanaan program berbentuk kerohaniandan pembangunan sahsiah pelajar di Kolej Tun Syed Nasir.

 

PERINCIAN PROJEK

Projek ini dirangka bagi memperkasakan fun9SiSUrausebagai pusat ibadah, pembelajaran dan pengimarahan rohani warga kolej serta komuniti setempat. Perincian projek adalah seperti berikut:

1. Penggantian Karpet Surau

Penggantian karpet surau yang telah uzur dan rosak bagi meningkatkan keselesaan jemaah, kebersihan ruang ibadah serta keselamatan pengguna. Karpet baharu yang lebih berkualiti dan tahan lasak akan dipasang bagi memastikan suasana ibadah yang lebih kondusif dan harmoni.

2. Perolehan Sistem Audio Visual Bahan

Penyediaan sistem audio visual poden merangkumi pembesar suara, mikrofon, projektor/skrin dan sistem sokongan lain bagi meningkatkan kualiti penyampaian kuliah, ceramah, tazkirah serta program keagamaan. Sistem ini juga akan menyokong pelaksanaan program berbentuk multimedia dan pembelajaran interaktif.

3. Pembelian bidai solat ruangan muslimat

Penyediaan bidai solat khusus bagi ruangan muslimat bertujuan menjaga aurat, privasi dan keselesaan jemaah wanita, di samping mewujudkan suasana ibadah yang lebih tertib, teratur dan selesa.

4. Dana Operasi Aktiviti Pengimarahan Surau

Penyediaan dana operasi ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan Program Ihya’ Ramadan, kelas fardhu ain berlerusan, kuliah dan tazkirah berkala serta aktiviti pengimarahan surau seperti usrah, qiamullail dan program kerohanian pelajar. Dana ini akan digunakan bagi menampung keperluan logistik, bahan program, bayaran penceramah, jamuan ringan serta pengurusan aktiviti bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan berkesan.

 

MANFAAT 

Wakaf Khas ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada seluruh penghuni Kolej Tun Syed Nasir termasuk staf pentadbiran dan fakulti berhampiran.

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).