WAKAF KHAS PEMBANGUNAN DAN PEMERKASAAN SURAU AL- MUNIR
Semasa: RM 0.00
Sasaran: RM 50,000.00

LATAR BELAKANG
Penubuhan Tabung Wakaf Khas Pembangunan dan Pemerkasaan Surau Al-Munir sebagai satu mekanisme rasmi pengumpulan dana bagi membiayai kerja-kerja pembangunan, penambahbaikan, penyelenggaraan serta pengimarahan Surau Al-Munir secara berterusan.
OBJEKTIF
- Membiayai pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Surau Al-Munir.
- Menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada warga Kolej Keris Mas.
- Memperkasa fungsi Surau Al-Munir sebagai pusat ibadah, pembangunan sahsiah dan penyebaran ilmu.
- Menggalakkan penyertaan warga universiti, alumni dan masyarakat dalam menyumbang kepada pembangunan Surau Al-Munir secara berterusan.
CADANGAN PENGGUNAAN
- Kerja-kerja pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Surau Al-Munir, termasuk pembaikan dinding, tempat wuduk, sistem penyaman udara serta kemudahan berkaitan.
- Perolehan dan penggantian kelengkapan serta kemudahan ibadah seperti rak penyidai telekung, kabinet rehal, projektor, skrin projektor, sistem audio (PA system), pembesar suara dan peralatan sokongan lain.
- Pemasangan kemudahan yang meningkatkan keselesaan, keselamatan dan privasi jemaah, termasuk pembinaan partition laluan tempat wuduk muslimat serta kerja-kerja naik taraf kemudahan surau.
- Pelaksanaan program pengimarahan Surau Al-Munir seperti kuliah agama, kelas al-Quran, forum ilmiah, qiamullail, ceramah, program pembangunan sahsiah dan aktiviti kerohanian yang selaras dengan objektif penubuhan Wakaf Khas.
Pemakluman:
1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).
