img
TABUNG AMANAH PENYELIDIKAN CITRA
4.25%
Semasa: RM 4,251.00
Sasaran: RM 100,000.00

LATAR BELAKANG

Pusat Pengajian Citra Universiti berhasrat untuk menubuhkan sebuah tabung khusus yang mensasarkan sumbangan pensyarah ke Tabung Amanah Penyelidikan Citra (CTR4)


OBJEKTIF

Objektif penubuhan Tabung Amanah Penyelidikan Citra (CTR4) adalah untuk;

i. Meningkatkan markah pencapaian MyRA II CITRA-UKM melalui penyelidikan berimpak tinggi;
ii. Meningkatkan pencapaian KPI Strategik UKM;
iii. Merancakkan inovasi dan hasil penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara;
iv. Memperkukuh kerjasama strategik antara penyelidik, industri, agensi kerajaan dan komuniti bagi meluaskan impak penyelidikan; dan
v. Menyokong pembangunan bakat penyelidikan melalui penyediaan sumber kewangan yang mampan untuk latihan, penerbitan dan pengantarabangsaan.


CADANGAN

i. Tabung Amanah Penyelidikan Citra (CTR4) ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk pembiayaan kos yuran dan editing jurnal pensyarah;
ii. Pembiayaan kos yuran jurnal Q1/Q2, WoS, Scopus dan MyCite;
iii. Pembiayaan bengkel berkaitan penyelidikan; dan
iv. Pembiayaan kos persidangan bagi penyelidikan.


MANFAAT PENUBUHAN

Penubuhan Tabung Amanah Penyelidikan Citra (CTR4) ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pensyarah Pusat Pengajian Citra Universiti.

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).