img
TABUNG WAKAF KHAS NAIKTARAF FASILITI KOLEJ BURHANUDDIN HELMI
0.00%
Semasa: RM 0.00
Sasaran: RM 20,000.00

LATAR BELAKANG

  1. Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pembiayaan baik pulih, penambahbaikan kemudahan asas, serta pengurusan aktiviti keilmuan dan kerohanian di Surau Al-Ikhlas KBH.
  2. Surau ini merupakan pusat utama aktiviti kerohanian bagi lebih 700 orang penghuni kolej, namun memerlukan peningkatan dari segi kemudahan fizikal, sistem audio-visual, keperluan alat ibadah, serta sokongan program pembangunan jiwa pelajar.

 

OBJEKTIF

Objektif Wakaf Khas Surau Al-Ikhlas Kolej Burhanuddin Helmi adalah untuk;

  1. Membiayai kerja naik taraf dan baik pulih fizikal Surau Al-Ikhlas KBH.
  2. Menukar karpet dan menyelenggara kelengkapan ibadah, sistem audio, al-quran, sejadah serta pembelian bidai solat kayu.
  3. Menyokong pelaksanaan program kerohanian dan pembangunan sahsiah pelajar KBH secara berterusan.

 

CADANGAN PROJEK WAKAF

  1. Wakaf Khas ini diwujudkan bagi membantu Kolej Burhanuddin Helmi membiayai keperluan pembaikan dan pembangunan fungsi Surau Al-Ikhlas sebagai pusat ibadah dan pembinaan jati diri pelajar.
  2. Perincian projek dan sasaran wakaf khas adalah seperti berikut:
    1. Penggantian karpet surau
    2. Penyelenggaraan sistem audio surau.
    3. Penambahan rak al-Quran, dan bidai solat kayu.
    4. Menyediakan dana operasi untuk program qiamullail, forum agama, kelas fardhu ain dan pengimarahan surau. 

 

MANFAAT PENUBUHAN WAKAF KHAS

Penubuhan Wakaf Khas ini secara khususnya akan memberikan manfaat besar kepada:

  1. Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi sebagai pengguna utama surau.
  2. Pengurusan kolej dan felo yang menjalankan aktiviti pembangunan pelajar.
  3. Komuniti luar seperti alumni dan keluarga pelajar yang turut hadir semasa program terbuka surau.
  4. Meningkatkan imej KBH sebagai kolej yang memartabatkan keseimbangan antara akademik dan kerohanian.

 

Penubuhan Tabung Wakaf Khas ini selari dengan aspirasi UKM untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan berasaskan wakaf demi kelestarian kampus. Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen KBH dalam membangunkan insan seimbang dari sudut intelek dan spiritual.

 

Pemakluman:

1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).