WAKAF KHAS PERMAIDANI MASJID UKM
OBJEKTIF
Menyediakan platform kepada warga UKM dan masyarakat yang prihatin untuk memberikan wakaf/sumbangan/infak bagi pembelian/pendanaan karpet baharu masjid UKM.
LATAR BELAKANG
Masjid UKM telah memohon penajaan daripada Yayasan Canselor bagi pembelian karpet baharu masjid UKM untuk menggantikan karpet lama. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan ruang solat yang lebih selesa dan bersih.
Oleh itu, tabung ini diwujudkan atas inisiatif Yayasan Canselor sebagai selaku urusetia untuk aktiviti mengumpul sumbangan dana wakaf daripada warga UKM, orang perseorangan, alumni serta masyarakat.
Dana ini akan digunakan secara telus untuk pembelian serta pemasangan karpet baharu. Wakaf ini menjadi amal jariah berpanjangan, memberi manfaat kepada jemaah dan memastikan keselesaan ibadah di masjid.
SUMBER KEWANGAN
Kutipan wang tunai daripada warga UKM, individu, rakan industri, alumni dan masayarakat untuk pembelian karpet baharu di aras 1 dan 2 Masjid UKM
Pemakluman:
1) Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
2) Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).