
TABUNG PENYELIDIKAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
Semasa: RM 0.00
Sasaran: RM 100,000.00
LATAR BELAKANG
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) berhasrat untuk menubuhkan sebuah tabung khusus yang mensasarkan pendanaan untuk Program Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam khususnya untuk makmal yang berada di bawah ALAF-UKM:-
1. Makmal Alami
-
- Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pahang
- Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), pahang
- Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Mersing, Johor
- Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Kedah
2. Makmal Fizikal
-
- Makmal i-CRIM, UKM Bangi
- Makmal Bioserasi, UKM Bangi
OBJEKTIF
- Memastikan pemuliharaan sumber alam semulajadi dan keanekaragaman biologi disamping melaksanakan penyelidikan yang mendalam bagi memahami ekosistem dan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
- Menyediakan dana untuk kajian saintifik yang berfokus kepada pemuliharaan biodiversiti, pemantauan kualiti alam sekitar dan pengurusan sumber semulajadi.
- Meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya pemeliharaan alam sekitar melalui program pendidikan dan kempen kesedaran.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui bahan atau peranti perubatan yang selamat dan tidak berbahaya.
IMPAK PENUBUHAN
- Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam oleh ALAF-UKM ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk memperolehi dana dalam UKM (platform Give2UKM) dan dari luar UKM serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat luar dalam menggerakkan program berteraskan kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh ALAF-UKM.
- Menyerlahkan program-program kelestarian alam yang mencapai keperluan dan tuntutan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
MANFAAT PENUBUHAN
- Penubuhan Tabung ini secara khususnya dapat memberikan manfaat terhadap penyelidikan yang berteraskan kepada kearifan tempatan serta penganjuran program-program pemeliharaan dan
pemuliharaan kepelbagaian biologi. - Memberi peluang kepada industri luar untuk bersama-sama universiti dalam memelihara alam semulajadi, ekosistem dan rizab biosfera.
- Tabung ini menjadi manifestasi kepada hubungan antara pendana, dan komuniti setempat, manakala ALAF-UKM menjadi penghubung kepada kedua-dua entiti tersebut.
Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).