
TABUNG KEBAJIKAN ALAF-UKM
TABUNG KEBAJIKAN ALAF-UKM
Penubuhan Tabung Kebajikan ALAF-UKM ini perlu bagi membantu serta meringankan beban yang ditanggung kakitangan UKM dan komuniti setempat dalam menghadapi situasi yang sukar di dalam kehidupan tanpa menggunakan tabung penjanaan makmal.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberikan bantuan kewangan kepada kakitangan UKM dan masyarakat luar yang memerlukan, samada dalam keadaan kecemasan seperti kemalangan, penyakit atau kehilangan ahli keluarga, kebakaran, bencana alam dan lain-lain.
- Menyediakan bantuan kewangan awal bagi menanggung kos rawatan perubatan.
- Memperkukuh hubungan antara sesama Ptj dan kakitangan UKM.
- Membina hubungan baik bersama masyarakat dan golongan yang memerlukan.
- Membantu kakitangan meningkatkan kualiti hidup untuk menjalani kursus latihandan program pembangunan diri.
MANFAAT PENUBUHAN
Tabung ini secara khususnya dapat memberikan manfaat kepada kakitangan UKM dalam mengurangkan beban yang ditanggung serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat melalui sumbangan yang diberikan.
Sumbangan dana ini adalah untuk membantu kakitangan UKM / komuniti setempat di dalam menghadapi situasi seperti:-
- Keadaan kecemasan (kemalangan/penyakit/kehilangan ahli keluarga/ kebakaran/ bencana alam)
- Penyakit serius dan kecederaan jangka panjang
- Kehilangan pekerjaan atau ketidakmampuan bekerja
- Komuniti/pihak yang memerlukan (anak yatim, orang kurang upaya, orang asli, dll).
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).