img
TABUNG KEBAJIKAN PELAJARAN FKAB
0.10%
Semasa: RM 20.00
Sasaran: RM 20,000.00

LATAR BELAKANG

  1. Antara isu yang sering diperkatakan di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini adalah berkenaan kenaikan kos sara hidup yang tinggi. Mahasiswa merupakan antara golongan yang tidak terkecuali daripada masalah ini. kos sara hidup yang tinggi dalam kalangan pelajar boleh merangkumi semua aspek kehidupan mereka seperti perbelanjaan harian, penginapan, pengangkutan dan lain-lain lagi.
  2. Majoriti mahasiswa tidak mempunyai pendapatan sendiri dan sumber perbelanjaan. Mereka hanya bergantung kepada pendapatan keluarga, pinjaman, bantuan atau biasiswa yang menyebabkan pelajar terpaksa mengikat perut dan mencatu perbelanjaan khususnya pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40).
  3. Berdasarkan rekod sistem MyMoheS Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), lebih 30,000 atau 2.6 peratus daripada 1.1 juta orang mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) gagal menamatkan pengajian pada tahun 2020 dan 2021 dan masalah kewangan merupakan salah satu faktor kepada perkara ini.
  4. Susulan daripada isu kewangan yang sering dihadapi pelajar, fakulti mencadangkan penubuhan Tabung Amanah Kebajikan Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ditubuhkan sebagai satu platform yang sah bagi tujuan kutipan dan sumbangan bantuan kebajikan pelajar di FKAB.
  5. Di UKM, antara bantuan yang boleh dipohon pelajar bagi yang menghadapi masalah kewangan adalah melalui Bantuan Zakat UKM atau Tabung Kebajikan HEP di laman web e-Prihatin UKM.
  6. Namun begitu, dengan adanya tabung amanah khas khusus untuk kebajikan pelajar dapat memberikan manfaat kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan selain daripada bantuan sedia ada yang telah dipohon.

 

PERMASALAHAN

Antara isu yang berbangkit yang membawa kepada penubuhan tabung ini adalah disebabkan:

  1. Pelajar memohon penangguhan pengajian disebabkan oleh masalah kewangan.
  2. Jumlah bantuan yang telah diterima melalui permohonan-permohonan lain seperti di ePrihatin adalah berjumlah kecil.
  3. Tiada tabung khusus di fakulti yang di peruntukan khas bagi membantu pelajar yang memerlukan.

 

SUMBER TABUNG

  1. Peruntukan Fakulti (One-off)
    Fakulti memperuntukan RM5,000 ke dalam tabung ini sebagai sumber awalan.
  2. Sumbangan Kakitangan
    Sumbangan kakitangan adalah merujuk kepada komitmen sukarela melalui potongan gaji bulanan dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) dan tiada had maksimum ditetapkan.
  3. Sumbangan Awam
    Sumbangan yang diberikan oleh individu (kakitangan/ bukan kakitangan fakulti), komuniti, alumni, syarikat atau mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan secara sukarela pada bila-bila masa.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Semua pelajar tempatan FKAB (individu) sepenuh masa yang berdaftar di UKM (tidak termasuk pelajar UKMShape) sepanjang pengajian dan belum disahkan Senat sebagai layak bergraduat DAN;
  2. dalam keadaan keperluan mendesak seperti perkara yang berlaku di luar jangkaan dan/ atau yang memberi kesan kepada pembelajaran pelajar seperti:
    1. Pelajar atau waris meninggal dunia
    2. Musibah/ Bencana
    3. Kemasukan Wad
    4. Kes-kes Khas (Masalah yuran tertunggak, sara hidup, dan lain-lain)
  3. Hanya SEKALI permohonan dalam setiap semester (kecuali permohonan Kes-Kes Khas).
  4. Pelajar mestilah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan termasuk pembuktian permohonan-permohonan bantuan yang telah dibuat termasuk permohonan ePrihatin HEP.

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

Cadangan perincian yang ditetapkan adalah hasil penanda arasan yang dibuat dengan Tabung Kebajikan HEP:

 

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).