WAKAF KHAS SURAU QASRUL MUTTAQIN - KTHO
Semasa: RM 32,756.28
Sasaran: RM 70,000.00
LATAR BELAKANG
Kolej Tun Hussein Onn berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pembelian/pendanaan untuk menaiktaraf Surau Qasrul Muttaqin Kolej Tun Hussein Onn.
OBJEKTIF
Objektif Wakaf Khas Surau Qasrul Muttaqin Kolej Tun Hussein Onn adalah untuk;
- Menyediakan fasiliti yang baik untuk para pelajar dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan berkesan di Surau KTHO.
- Memastikan surau dalam keadaan yang lebih berkualiti, ceria dan selamat.
- Supaya dapat menarik minat pelajar untuk mengimarahkan lagi surau dengan fasiliti yang selesa dan kelengkapan yang mencukupi.
CADANGAN
- Memasang karpet baharu untu Surau. Cadangan pemasangan karpet yang umumnya digunakan di masjid-masjid atau Surau yang mempunyai barisan saf yang sedia ada bagi memudahkan lagi penyusunan saf solat selain selesa untuk digunakan.
- Menukar sistem Siaraya yang Baharu. Ini bagi menggantikan alat siaraya yang telah rosak dan telah pun usang. Penggantian ini membolehkan laungan zan, iqamat dan penyampaian maklumat menerusi tazkirah dan perkongsian ilmu dapat disampaikan dengan jelas bukan sahaja kepada jemaah di surau malahan kepada penghuni Kolej Tun Hussein Onn.
- Penghadang antara Ruang Solat lelaki dan perempuan. Ini kerana penghadang solat yang kukuh dan mudah alih dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada jemaah di surau seperti penyampaian kuliah dan tazkirah. Selain itu, ia dapat menjaga aurat muslimat dengan baik.
- Ruang wudhuk lelaki dan perempuan. Ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan memudahkan jemaah mengambil air wudhuk di surau.
- Penambahbaikan balkoni surau. Ini bertujuan menjadikan ruang solat kedua seandainya ruang solat utama penuh. Selain itu, dengan adanya awning, kerusi dan meja, ruang balkoni ini boleh dijadikan tempat untuk jemaah duduk dan mengulangkaji atau menjalankan perjumpaan dan sebagainya. Hal ini dapat mengimarahkan dan memeriahkan suasana di surau.
PERMASALAHAN
- Lantai Reput dan Tidak Selesa
Lantai yang digunakan ialah jenis lantai vinyl yang mana kurang sesuai untuk digunakan di dalam surau kerana para jemaah kurang selesa apabila ingin melakukan solat fardhu atau aktiviti kerohanian yang lain. Tambahan pula lantai ini yang sudah lama dan telah reput dan rosak sekaligus mencacatkan pemandangan di surau. - Sistem Siaraya yang kurang berfungsi
Sistem Siaraya yang sedia ada di surau ini telah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik. Hal ini demikian menyebabkan laungan azan, iqamat serta suara daripada imam tidak dapat di dengari oleh makmum di belakang. - Tirai penghadang Antara Ruang Solat
Tirai penghadang antara ruang solat di surau ini hanyalah menggunakan railing langsir dan langsir. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan pada muslimat yang hadir untuk solat berjemaah kerana terdapat ruang kosong di bahagian tepi kiri dan kanan yang berisiko mendedahkan aurat muslimat. - Ruang Wudhuk
Ruang wudhuk bahagian lelaki dan perempuan telah mengalami kerosakan yang sangat teruk. Atap bagi kedua-dua tempat wudhuk telah bocor dan berkulat malahan ada bahagian yang tercabut menyebabkan bilik wudhuk sentiasa berhabuk kerana terdapat serpihan-serpihan atap yang jatuh di lantai. Hal ini menyebabkan para jemaah berasa tidak selesa untuk mengambil wudhuk di tempat yang disediakan kerana berhabuk dan menyebabkan kaki mereka kotor. Cat dinding di bilik wudhuk juga telah lusuh dan lapisan cat telah mula tercabut. - Langsir yang terlalu lusuh dan koyak
Langsir di dalam surau telah lusuh dan koyak. Langsir ini lusuh akibat terlalu kerap terkena pancaran sinaran matahari dan kadangkala terkena rembesan hujan. Hal ini menyebabkan ia menjadikan keadaan di dalam surau kelihatan sedikit suram dan tidak kemas. - Balkoni yang terbiar dan kosong
Balkoni surau yang usang menghadapi beberapa masalah seperti lantai yang berlumut, besi tangga yang berkarat dan ketiadaan bumbung yang menyebabkan balkoni tersebut terdedah kepada panas dan hujan. Jadi, para pelajar jarang menggunakan ruang tersebut untuk melakukan aktiviti-aktiviti
yang bermanfaat. Oleh sebab itub balkoni tersebut terbiar dan menjadi usang.
PERINCIAN / ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. | Keterangan Anggaran Harga | (RM) |
1. | Karpet | 11,000.00 |
2. | Sistem Siaraya | 5,000.00 |
3. | Penghadang | 4,000.00 |
4. | Langsir | 2,000.00 |
5. | Rehal | 2,000.00 |
6. | Ruang wudhuk | 30,000.00 |
7. | Awning balkoni surau | 15,000.00 |
8. | Al-Quran | 3,000.00 |
9. | Meja dan kerusi | 500.00 |
Jumlah Keseluruhan | 72,500.00 |
MANFAAT
Penubuhan Wakaf Khas ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pelajar Kolej Tun Hussein Onn.
TEMPOH: 1 Julai 2024 - 31 Jun 2026 (2 tahun)
Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).