img
TABUNG BUKU BACAAN ASAS FAKULTI (PTSL)
0.41%
Semasa: RM 300.00
Sasaran: RM 72,475.36

LATAR BELAKANG

  1. Peruntukan Belanja Mengurus yang diterima daripada universiti setiap tahun tidak dapat menampung keperluan pembangunan koleksi yang diperlukan oleh penyelidik dan pelajar UKM.
  2. Setiap tahun perpustakaan memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk perolehanbuku bacaan asas setiap fakulti.

  3. Walau bagaimanapun, buku bacaan asas dari pelbagai program yang banyak dan sentiasa dikemaskini dengan edisi yang terkini menyebabkan perpustakaan tidak
    mampu untuk memperolehi semua judul dengan naskhah yang lebih bagi menampung keperluan pelajar.

  4. Peruntukan Belanja Mengurus yang diterima oleh perpustakaan telah mempunyai komitmen bagi keperluan perolehan buku rujukan permohonan daripada pelajar dan juga ahli akademik UKM.

  5. Projek ini mensasarkan perolehan/pendanaan buku bacaan asas fakulti sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik.

 

OBJEKTIF PROJEK

 

  1. Menampung peruntukan kewangan yang terhad yang diterima daripada universiti untuk pembangunan koleksi perpustakaan bagi keperluan pelajar dan juga ahli akademik UKM.

  2. Melengkapkan koleksi buku bacaan asas fakulti dengan edisi yang terkini.

  3. Memperkayakan lagi koleksi bacaan khususnya bacaan asas atau bacaan wajib yang disarankan oleh fakulti berdasarkan program yang ditawarkan di fakulti untuk keperluan rujukan dan pembelajaran fakulti berkenaan.

 

CADANGAN

  1. Pada peringkat awal iaitu bermula tahun 2024, Projek Tajaan Buku Bacaan Asas Fakulti ini memfokuskan kepada permohonan tajaan/sumbangan untuk perolehan buku bacaan asas dari dua (2) fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) mengikut program pengajian.

  2. Sasaran tajaan/sumbangan adalah untuk perolehan buku dalam bentuk elektronik (eBuku). Sekiranya tiada dalam bentuk elektronik, akan diperolehi dalam bentuk
    bercetak.

  3. Sasaran tempoh pelaksanaan projek adalah selama satu (1) tahun.

 

KOS TAJAAN BUKU BACAAN ASAS FAKULTI


Kos tajaan adalah seperti jadual di bawah:

Bil. Fakulti Kos Tajaan (RM)
1.  Fakulti Pengajian Islam 36,968.00
2.  Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 35,507.36
Jumlah (RM) 72,475.36

 

TEMPOH:

Sehingga 30 Jun 2026 (2 tahun)

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).