Potongan Gaji
TABUNG PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN UMBI
Semasa: RM 21,580.00
Sasaran: RM 60,000.00
TABUNG PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN UMBI
Objektif Penubuhan
Objektif penubuhan tabung khusus Pendidikan dan Pembelajaran UMBI adalah untuk;
- Bantuan Pendidikan dan Pembelajaran pelajar asnaf/ B40 seperti sara hidup yang tinggi di Lembah Klang, musibah/ bencana alam, kehilangan ibu bapa dan lain-lain.
- Bantuan kewangan pembayaran yuran pengajian.
- Program sumbangan makanan (FoodBank) dan lain-lain.
Latar Belakang
- Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) berhasrat untuk menubuhkan sebuah tabung khusus yang mensasarkan pengumpulan dana bagi Pendidikan dan Pembelajaran serta menyokong kebajikan/ menyediakan bantuan kewangan pelajar siswazah yang memerlukan.
- Melalui pemantauan terkini pihak UMBI, terdapat pelajar siswazah yang memohon tangguh pengajian atau tambah masa kerana mengalami masalah kewangan (tiada biasiswa/ skim zamalah/ pembiayaan keluarga) untuk membayar yuran pengajian pada semester berkenaan. Pelajar terpaksa bekerja semasa sesi penangguhan untuk menampung yuran pengajian dan sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Selain itu, masalah kewangan ini menghimpit para pelajar kerana geran penyelidikan yang telah tamat namun perlu meneruskan pengajian tanpa elaun.
Cadangan
- Tabung khusus Tabung Pendidikan dan Pembelajaran UMBI ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk pendanaan bantuan pendidikan pelajar.
- Perincian projek dan sasaran untuk sumbangan/bantuan adalah seperti berikut:
i) Bantuan sebahagian yuran pengajian (50%) – berdasarkan kadar yuran semasa
ii) Bantuan sebahagian elaun kos sara hidup di Kuala Lumpur yang tinggi - Bantuan Pendidikan dan Pembelajaran pelajar asnaf/ B40 dan mengalami musibah (kematian/ bencana alam)
- Bantuan khairat kematian (ibu bapa/ penjaga)
Manfaat Penubuhan
Penubuhan Tabung Pendidikan dan Pembelajaran UMBI ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada pelajar siswazah UMBI amnya agar dapat melalui proses pembelajaran yang lebih kondusif. Pelajar juga dapat menamatkan pengajian tanpa rasa khuatir atau terbeban dengan masalah kewangan.
Tempoh: 2 Tahun (sehingga 31 Disember 2025)
Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).