WAKAF KHAS PEROLEHAN PERABOT DATARAN TUN SERI LANANG
Semasa: RM 7,200.00
Sasaran: RM 50,000.00
WAKAF KHAS PEROLEHAN PERABOT DATARAN TUN SERI LANANG
Objektif Penubuhan
- Memperolehi perabot baharu bagi menggantikan perabot yang telah rosak.
- Melengkapkan prasarana yang bersesuaian dengan persekitaran terbuka Dataran Tun Seri Lanang.
- Memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua pengguna di Dataran Tun Seri Lanang menelaah, belajar dan membuat perbincangan selepas waktu operasi Perpustakaan tamat.
Latar Belakang
- Penubuhan wakaf khas ini bertujuan untuk pembelian perabot baharu (meja dan kerusi pelanggan) bagi menggantikan perabot sedia ada (telah usang) di Dataran Tun Seri Lanang.
- Lokasi Dataran Tun Seri Lanang yang berada di hadapan pintu masuk utama Perpustakaan Tun Seri Lanang menjadi tumpuan para pelanggan Perpystakaan selain menggunakan ruang belajar dan koleksinya di dalam Perpustakaan.
- la juga merupakan ruang 24 jam yang menjadi pilihan para pelanggan PTSL sama ada sebagai tempat belajar dan berdiskusi malah juga sebagai ‘meeting point’ dan berehat selepas penat belajar. Dataran ini sentiasa digunakan samada semasa waktu operasi mahupun selepas waktu operasi tamat.
- Penggunaan ruang yang amat tinggi menyebabkan perabot yang disediakan cepat rosak dan lusuh.
- Kapasiti ruang yang memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa menyebabkan pihak PTSL terpaksa berusaha untuk memperolehi dan menggantikan perabot sedia ada (perabot lama) yang kurang sesuai digunakan di ruang terbuka yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan. Malahan perabot lama yang disediakan tidak seragam. Keadaan ini boleh mencacatkan pandangan dan imej PTSL di mata pelanggan.
Cadangan Anggaran Jumlah
- Wakaf Khas ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk pembelian/pendanaan perabot Dataran Tun Seri Lanang bernilai RM50,000 00.
- Cadangan perolehan perabot adalah seperti jadual dibawah:
BIL. |
PERKARA |
KUANTITI |
ANGGARAN |
ANGGARAN HARGA |
1. |
Meja Bacaan Lengkap Bersama Plug Point Dan USB Port |
10 |
RM1,000.00 |
RM10,000.00 |
2. |
Kerusi |
60 |
RM550.00 |
RM33,000.00 |
3. |
Meja Bar |
4 |
RM550.00 |
RM2,200.00 |
4. |
Barstool |
12 |
RM400.00 |
RM4,800.00 |
JUMLAH KESELURUHAN |
RM50,000.00 |
Manfaat Penubuhan
- Penubuhan Wakaf Khas ini bagi memperolehi perabot baharu di Dataran Tun Seri Lanang untuk memberikan manfaat kepada semua pelanggan PTSL sama ada warga UKM khususnya dan pelanggan luar amnya.
- Tabung Wakaf Khas ini amat perlu ditubuhkan bagi memastikan ruang Dataran Tun Seri Lanang dilengkapi dengan kemudahan perabot yang baik bersesuaian dengan persekitaran ruang yang lerbuka.
- Pihak PTSL amat berharap dapat menyediakan prasarana dan kemudahan yang kondusif seperti ‘common learning space’ sesuai dengan fungsi PTSL yang menyokong aktivili pembelajaran dan penyelidikan universiti.
- Pihak PTSL berhasrat untuk menyediakan prasarana dan kemudahan tersebut di Dataran Tun Seri Lanang dengan mensasarkan pembelian/pendanaan perabot bernilai RM50,000.00 hasil sumbangan melalui projek wakaf ini kerana kekangan kewangan untuk perolehan aset.
- Semoga dengan penambahbaikan yang dilaksanakan, kemudahan ini dapat dîmantaatkan sebaiknya malah dapat meningkatkan lagi kunjungan pelanggan ke PTSL.
Tempoh: 2 Tahun (sehingga 31 Disember 2025)
Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).