Potongan Gaji
img
DANA WAKAF ILMU UKM (DWIUKM)

DWIUKM (Dana Wakaf Ilmu UKM)

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.

Dana Wakaf Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (DWIUKM) merupakan sebuah peluang kepada masyarakat untuk menyumbang wang tunai kepada UKM serupa pemegang amanah serta wakil sah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta niat mewakafkan sumbangan tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T demi kepentingan dan kemajuan ilmu ummah.

Dalam konteks Universiti, DWIUKM adalah sebuah inisiatif penjanaan dana menggunakan kaedah wakaf dengan tujuan untuk mewujudkan satu infrastruktur kewangan berjangkamasa panjang dan lestari bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, prasarana Universiti atau khidmat masyarakat setempat.

Sasaran pengumpulan hasil adalah terdiri dan tidak terhad dari individu, korporat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, koperasi, pulangan dari hartanah wakaf, hasil sektor-sektor industri serta pulangan portfolio pasaran kewangan.

 

Objektif DWIUKM

Paksi penggerak utama amalan sedekah jariah dalam usaha pembangunan dan pengimarahan ilmu ummah

Membangunkan prasarana ilmu dan ibadah untuk kegunaan semua lapisan masyarakat

Membangunkan dana wakaf yang kukuh supaya pengurusan kewangan untuk aktiviti kebajikan dan dakwah lebih lestari dan berkekalan.

 

Agihan DWIUKM

Dana Wakaf Tunai yang diterima akan dilaburkan menggunakan pelaburan patuh syariah dan hasil manfaat pelaburan akan dipecahkan bagi tujuan berikut;

1) Kebajikan Warga UKM

2) Pembangunan & Fasiliti UKM

3) Pendidikan & Penyelidikan.

 

"AYUH SEMUA, JOM BERWAKAF/MENYUMBANG KEPADA DWIUKM"

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).