img
TABUNG KEBAJIKAN PERGIGIAN
1.92%
Semasa: RM 3,841.00
Sasaran: RM 200,000.00

Fakulti Pergigian UKM telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan selama lebih dari 20 tahun, kami telah berusaha untuk menyediakan penjagaan kesihatan mulut kepada orang ramai. Misi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti tinggi dan menyeluruh kepada pesakit kami dan juga meningkatkan tahap kesedaran kesihatan mulut di kalangan masyarakat umum. Dengan lokasi yang strategik di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, Fakulti Pergigian telah memberikan khidmat kepada masyarakat sekitar dengan latar belakang sosio-ekonomi yang pelbagai. Fakulti kami juga terlibat secara aktif dalam program komuniti, dengan tujuan untuk memberi impak yang lebih positif kepada penduduk secara meluas.

Malangnya, disebabkan kenaikan kos bahan pergigian, instrumen dan penyelenggaraan peralatan pergigian, pihak Fakulti tidak mempunyai pilihan selain daripada melaksanakan caj rawatan bermula dari Januari 2017. Berikutan daripada itu, terdapat penurunan dalam jumlah pesakit yang datang ke poliklinik pergigian UKM kerana sesetengah mereka tidak mampu membayar kos rawatan pergigian. Bagi tahun 2016, sebelum pelaksanaan caj rawatan, jumlah pesakit yang dirawat ialah 26 472 orang berbanding dengan 23 626 orang pada tahun 2017.

Setiap sen sumbangan anda kepada Tabung Kebajikan Pergigian UKM akan membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk membayar caj rawatan pergigian yang mereka perlukan. Kami mengharapkan sokongan anda untuk meneruskan misi kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat, meningkatkan kesedaran kesihatan mulut dan kualiti hidup mereka.

 

Poster Tabung Kebajikan Pergigian

 

Faculty of Dentistry UKM was founded in 1996 and for over 20 years, the faculty has strived to provide oral health care to the public. Our mission is to deliver a high quality, holistic oral health services to our patients and to increase the level of oral health awareness among the general public. With its strategic location at Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, the Faculty serves the surrounding communities with diverse socio-economic background. Our Faculty is also actively involved in community programmes, with the aim of bringing a more positive impact to a wider population. 

Unfortunately, due to the rising cost of dental materials, instruments and maintenance of dental equipment, the Faculty had no option but to implement treatment charges from January 2017. Regrettably, we see a decrease in the patient pool as some patients cannot afford to pay for dental treatment. For the year 2016, before the implementation of treatment charges, the total number of patients seen was 26 472 as opposed to 23 626 in 2017.

Every sen of your contribution to Tabung Kebajikan Pergigian UKM will go towards supporting those in need of dental treatment but otherwise cannot afford them. We count on your support to continue in our mission in serving the public, improving their oral health awareness and quality of life.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).