img
WAKAF KHAS PENYELIDIKAN PERADABAN ISLAM INSTITUT ISLAM HADHARI
2.79%
Semasa: RM 2,788.00
Sasaran: RM 100,000.00

I. PENGENALAN

Institut Islam Hadhari (IIH) telah ditubuhkan pada 10 Mei 2007M bersamaan 22 Rabiulakhir 1428H oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang 13 tahun penubuhan, IIH merupakan salah satu institut penyelidikan multidisiplin di UKM yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dari segi perkembangan penyelidikan, penerbitan dan penghasilan pelajar bergraduat. Dengan Peradaban Islam yang menjadi asas tujahan, terdapat empat bidang tujahan yang menjadi fokus penyelidikan di IIH;

a. Politik & Kepimpinan,

b. Sosio Budaya,

c. Ekonomi & Perniagaan dan,

d. Sains & Teknologi, Kesihatan dan Alam Sekitar.

 

IIH mempunyai seramai 6 orang felo hakiki dan 32 felo bersekutu yang pakar dalam pelbagai bidang kajian.

 

Sehingga tahun 2020, terdapat seramai 26 graduan sarjana dan 51 graduan PhD. IIH adalah institut penyelidikan di UKM yang mempunyai paling ramai pelajar.

 

IIH juga telah menjalin beberapa jaringan dengan institusi antarabangsa seperti Kyoto University, Jepun, Islamic Foundation, Markfield Institute of Higher Education, Leicester, United Kingdom, Indonesia melalui beberapa universiti di Pekan Baru, Acheh, Surabaya, Riau, Makassar, Prenduan, Jawa Timur.

 

Semenjak penubuhannya, IIH mempunyai satu dana endownment bernama Kursi Sheikh Abdullah Fahim yang didanai oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5 sebanyak RM5 juta. Berdasarkan keuntungan tahunan pelaburan dana ini, dana tersebut telah digunakan untuk membiayai kos pengurusan, projek penyelidikan, wacana ilmiah, seminar, persidangan dan jaringan antarabangsa selama ini. Pengurusan dana Kursi SAF ini dipantau oleh Ahli JK Pemegang Amanah Kursi Sheikh Abdullah Fahim (SAF) dan Yayasan Canselori UKM bagi memastikan penggunaannya mematuhi peraturan dan undang-undang.

 

Namun, bagi mengekalkan kelestarian pengurusan pada masa depan, IIH perlu mencari dana endownment tambahan bagi melonjakkan lagi peranan IIH sebagai institusi penyelidikan berkualiti dan terkehadapan.

 

II. OBJEKTIF

Tabung ini merupakan inisiatif untuk mempelbagaikan sumber pendanaan bagi penyelidikan Peradaban Islam bersifat multidisiplin di Institut Islam Hadhari.

Objektif khusus ialah untuk menyediakan biasiswa khusus untuk ditawarkan kepada pelajar terpilih bersifat penajaan yuran pengajian satu (1) semester.

 

III. SYOR

1. PERINCIAN KEWANGAN

Tabung ini berharap untuk mengumpul sebanyak RM100,000 setahun yang mana manfaat hasil daripada pelaburan ini akan digunakan untuk menaja seorang pelajar sarjana. Dengan mengambil kira sekiranya peratusan faedah pelaburan 5% setahun, jumlah sebanyak RM5,000 akan diperolehi dan daripada RM5,000 ini sebanyak 10% akan ditolak untuk kos pengurusan dan 10% lagi akan dimasukkan balik ke dalam tabung sebagai inisiatif meningkatkan jumlah prinsipal tabung. Maka jumlah yang boleh diguna pakai ialah sebanyak RM4,000.

 

Biasiswa Yuran Pengajian selama 1 semester untuk pelajar cemerlang Warganegara Malaysia dan pengajian sepenuh masa - 1 pelajar Sarjana = RM3,190

 

2. OUTPUT

Peningkatan seorang pelajar sarjana yang mendaftar di Institut Islam Hadhari di bawah penajaan biasiswa waqaf dalam Sesi 2021/2022.

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).