Potongan Gaji
img
TABUNG PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS ALUMNI
13.24%
Semasa: RM 1,323,753.36
Sasaran: RM 10,000,000.00

PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI

 

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan semula alma mater dan alumni. Sehingga kini UKM telah mempunyai lebih dari 200 ribu alumni yang berada di dalam dan luar negara. Alumni ni merupakan asset berharga bagi sesebuah universiti. Oleh itu, adalah penting untuk menghubungkan semula alumni bagi membentuk satu hubungan yang organik dan berteraskan kepada manfaat untuk semua.

 

KOMPLEKS ALUMNI 

 

Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha untuk membina sebuah bangunan yang dinamakan sebagai Kompleks Alumni. Kompleks Alumni ini merupakan satu simbolik kepada keutuhan hubungan antara alumni dan alma mater. Segala perancangan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh alumni untuk manfaat kepada universiti, pelajar, alumni dan masyarakat akan dijalankan di sini. Kompleks Alumni ini boleh dianggap sebagai mercu tanda keakraban antara universiti dan alumni. 

 

Pembinaan Kompleks Alumni ini dirancang berpandukan 3 sektor utama iaitu Pejabat Pengurusan Alumni, Dewan Serbaguna serta Bilik Seminar, Bengkel dan Latihan. Kompleks ini juga akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti:

 

  1.     Ruang Pejabat
  2.     Ruang Menunggu

     iii.    Ruang Sewaan Perniagaan

  1.     Bilik Seminar
  2.     Dewan
  3.     Galeri

   vii.    Bilik Solat

   viii.    Taman

  1.     Kafetaria
  2.     Kedai Cenderamata

 

Kompleks Alumni ini akan turut dijadikan Pusat Pembangunan Kompetensi Pelajar yang akan melibatkan para alumni dalam memberi latihan dan pendedahan kepada para pelajar. Antara program yang dikenalpasti adalah Program Pentauliahan Profesional atau Sijil Profesional dan juga perkongsian ilmu alumni seperti Bicara Alumni, Perkongsian Alumni, Ceritera Alumni, Wahana Ilmu dan lain-lain.

 

Selain itu, Kompleks Alumni juga akan menjadi pintu masuk (Gateway) kepada semua alumni yang ingin berkolaborasi dan bekerjasama dengan UKM dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, pendidikan, khidmat masyarakat dan lain-lain lagi.

 

ANGGARAN KOS PEMBINAAN KOMPLEKS ALUMNI BERNILAI RM10 JUTA.

 

Pembinaan kompleks ini akan melibatkan dua fasa yang utama iaitu Bangunan & Lanskap dengan keperluan peruntukan sebanyak RM6 Juta dan Perabot/ Peralatan & Kelengkapan dengan jangkaan perbelanjaan sebanyak RM4 Juta lagi diperlukan.

 

Sumbangan daripada semua pihak terutamanya para alumni amat dialu-alukan untuk memastikan Projek Pembinaan Kompleks Alumni ini berjaya digerakkan dan disempurnakan. Pusat Perhubungan Alumni juga telah merangka aktiviti-aktiviti penjanaan dana untuk pembinaan dan penyelenggaraan Kompleks Alumni bagi memastikan fungsi kompleks ini sebagai pusat gerakan alumni memberi manfaat kepada warga UKM, pelajar, alumni dan masyarakat. Diharap projek ini mendapat sambutan menggalakkan dari semua alumni.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai projek ini, sila hubungi 03-8921 4703/5163 (Pusat Perhubungan Alumni UKM).

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).