img
TABUNG USAHAWAN PELAJAR UKM-CESMED
3.01%
Semasa: RM 753.00
Sasaran: RM 25,000.00

LATAR BELAKANG UKM CESMED

 

UKM-CESMED telah ditubuhkan pada Oktober 2010 berteraskan Dasar Pembangunan Keusahawanan KPT yang mana setiap IPT perlu menubuhkan pusat keusahawanan masing-masing. Melalui penubuhan ini UKM-CESMED telah menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik.

 

Pada tahun 2012, UKM-CESMED telah menyediakan kurikulum berkredit iaitu CMIE 1012 Asas keusahawanan dan Inovasi yang telah diwajibkan kepada semua pelajar pra-siswazah. Kursus ini adalah diadaptasi dan diubah suai dari Stevens’ Institute of Technology, Amerika Syarikat. Kini kursus ini telah menjadi agenda utama universiti dan telah dinaiktaraf ke Pusat Pengajaran Citra Universiti (LMCW 1022 – Asas keusahawanan dan Inovasi)

 

UKM CESMED memantapkan lagi kurikulum dengan menawarkan kursus lanjutan keusahawanan berkredit pada tahun 2013 seperti CMIE 2013 (Usaha Niaga Asas I & II), CMIE 2023 (Usaha Niaga Asas II), CMIE 3016 (Usahaniaga Lanjutan), CMIE 2036 (Rundingcara EKS) dan CMIE 3033 (Kajian Kes Keusahawanan) bagi pelajar pra-siswazah. Manakala kurikulum bagi siswazah ditawarkan bermula tahun 2016 seperti CMIE 6013 (Keusahawanan Sosial), CMIE6213 (Inovasi Produk dan Keusahawanan), CMIE6223 (Pengurusan Strategik Enterpris Kecil dan Sederhana) dan CMIE6023 (Kajian Kes Keusahawanan).

 

Kini, UKM-CESMED telah mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk  minat pelajar dalam bidang keusahawanan melalui kursus berkredit (kurikulum) dan program pemantapan keusahawanan. Kurikulum baru yang ditawarkan oleh UKM-CESMED adalah mengikuti perkembangan revolusi 4.0 serta menyokong kerangka strategi Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pendidikan tinggi (KPT-IPT) 2021-2025. Kurikulum yang ditawarkan bermula pada tahun 2020 adalah CMIE 1213 (Pembangunan Perusahaan Mikro dan Kecil), CMIE 1423 (Pemasaran Digital),CMIE 2123 (Teknousahawan), CMIE 2313 (Keusahawanan Sosial dan Inovasi), CMIE 3013 (Inovasi produk dan Keusahawanan I) dan CMIE 3023 (Inovasi produk dan Keusahawanan II) bagi pelajar pra-siswazah. Manakala kurikulum bagi siswazah  adalah CMIE 6013 (Keusahawanan Sosial) dan CMIE 6213 (Inovasi Produk dan Keusahawanan).

 

UKM-CESMED beroperasi dalam satu ekosistem yang terdiri daripada kolej kediaman, fakulti, dan persatuan pelajar di mana terdapat banyak aktiviti keusahawanan yang dijalankan bersama pelajar bagi membentuk minat dan seterusnya berpeluang membina perniagaan sendiri sebagai pendapatan tambahan atau membantu menghasilkan peluang pekerjaan kepada graduan lain. UKM-CESMED juga turut disokong oleh usahawan & alumni yang bertindak sebagai pembimbing (mentor) kepada pelajar. Program bersama EKS juga dilaksanakan bagi membiasakan pelajar dalam pengurusan perniagaan semenjak dari awal lagi.

 

Selain itu, UKM-CESMED juga turut berperanan dalam menjalankan program bersama komuniti bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat seperti Program Komuniti B40 dengan kerjasama UCTC-UKM

 

TUJUAN UTAMA

  1.        Menyediakan ruang bagi usahawan pelajar UKM yang berpotensi untuk mendapatkan dana dari para penyumbang.
  2.        Meningkatkan jumlah lulusan IPT yang menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
  3.        Mengurangkan bilangan pengangguran dalam kalangan graduan seterusnya menjadi penyumbang kepada peluang pekerjaan.

 

KUMPULAN PENERIMA

  1.        Pelajar UKM yang masih dalam tempoh pengajian; atau
  2.       Alumni UKM tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh bergraduat dan mengalami masalah pengangguran serta berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).