img
TABUNG SUMBANGAN PALESTIN
14.91%
Semasa: RM 74,570.35
Sasaran: RM 500,000.00

PENDANAAN KHALAYAK (CROWD FUNDING) BAGI MENJAYAKAN KEMPEN “UKM BERSAMA PALESTIN”

 

PENGENALAN

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengerakkan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan krisis kezaliman yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel melibatkan pelanggaran hak asasi terhadap rakyat Palestin. Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tersebut. UKM berpendirian perkara ini tidak semata-mata berkaitan dengan isu keagamaan, malah ia turut melibatkan isu ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia dan juga krisis kemanusiaan sejagat.

 

Sehubungan itu, pada 15 Mei 2021, pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk melaksanakan inisiatif pendanaan khalayak (crowd funding) bagi mengumpul sumbangan serta menyalurkan bantuan kewangan sebagai usaha meringankan beban dan menjaga kebajikan serta hak kemanusiaan rakyat Palestin. Ini juga sebagai tanda solidariti UKM selaras dengan pelaksanaan kempen “UKM Bersama Palestin”.

 

KAEDAH SUMBANGAN

 

Sumbangan dalam bentuk wang tunai boleh disalurkan kepada Tabung Sumbangan Palestin (TKS460), Nombor Akaun Bank: 98945112302000 (Nama Bank: CIMB Bank Berhad dan Nama Benefisiari: Universiti Kebangsaan Malaysia) atau dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://give2ukm.ukm.my/prihatinpalestin

 

Sumbangan yang diterima akan disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diselia oleh Kementerian Luar Negeri, Malaysia.

 

Pihak pengurusan UKM amat menghargai setiap sumbangan yang dihulurkan dan penglibatan warga UKM dalam menjayakan kempen “UKM Bersama Palestin”. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin agar mereka mendapat perlindungan daripada kezaliman rejim Zionis Israel. 

Pemakluman: Jumlah sumbangan pada Sistem Give2UKM dikemas kini setiap 7 hari.
 

Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dengan resolusi melebihi 1920 x 1080. Sekiranya ingin membetulkan resolusi anda, sila tekan ctrl + plus (+) atau minus (-).