Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
JOM MENYUMBANG KEPADA WAKAF AIR UKM-GSB!
Air merupakan keperluan umat manusia dan sejagat. Di dalam ajaran agama Islam juga menjelaskan bahawa air adalah sebagai wasilah kepada manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk beribadat kepada-Nya. Di dalam konteks institusi pengajian, sumber bekalan air bersih adalah penting bagi memenuhi keperluan dan kebajikan para pelajar khususnya.
Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB) menyambut baik usaha ini dan sedang berusaha untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh itu, dengan segala hormatnya pihak UKM-GSB ingin menjemput YBhg. Prof Ulung/ Tan Sri/Prof./ Dato' Seri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan, para alumni, warga UKM & masyarakat umum bagi bersama-sama membantu menjayakan hasrat mulia ini.
Inisiatif kempen wakaf ini adalah satu usaha baharu yang diperkenalkan oleh Pusat pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB). Inisiatif ini adalah bagi mengalakkan amalan berwakaf di kalangan para alumni, warga UKM serta masyarakat umum. Di samping itu, usaha ini adalah sebuah medium khususnya kepada para alumni menyumbang kembali kepada alma mater dalam bentuk berwakaf.
PELUANG AMAL JARIAH YANG BERTERUSAN
Sasaran kutipan sebanyak RM 300,000.00 bagi penyediaan bekalan air bersih menggunakan 6 buah alat penapis air, wakaf ini bakal memanfaatkan seluruh para pelajar dan masyarakat.
Untuk makluman, setiap nilai sumbangan wakaf dihargai namun jika terdapat insan yang berminat untuk memberikan sumbangan secara pakej penuh (RM 50,000.00), plak khas bersama nama pewakaf akan diletakkan pada alat penapis air. Bagi pewakaf lain, nama akan disenaraikan di dalam laman sesawang UKM-GSB sebagai rekod wakaf.
Sumbangan boleh disalurkan melalui portal GIVE2UKM atau melalui akaun: CIMB Bank Berhad |no. akaun: 8600452009 Bendahari UKM (Wakaf), berserta lampiran penyata (jika menyumbang melalui pindahan ke akaun) Rujukan: 'Wakaf Air’ dan emelkan resit kepada: haneef@ukm.edu.my atau kongsikan di talian WhatsApp (+6019-3166746).
Sebarang jumlah sumbangan (tidak terhad) yang YBhg. Prof Ulung/ Tan Sri/Prof./ Dato' Seri/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan wakafkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih, dan didoakan semoga beroleh rahmat di sisi Allah S.W.T. Semoga sumbangan wakaf yang diberikan akan menjadi saksi dan dihitung sebagai amal soleh.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi En. Haneef melalui emel haneef@ukm.edu.my atau di talian +6019-3166746.
SPESIFIKASI MESIN PENAPIS AIR UKM-GSB
Brand: Coway
Product Code & name: CHP-671L Core
Capacity: 21.1 liter
Hot: 3.6 liter
Cold: 6.0 liter
Room: 11.5 liter
Sales Type: Rental
Rental/Outright Purchase Fee: 132
Contract Period/Term: 5 Year (Minimum 36 mth)
Tempat: UKM