Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
LATAR BELAKANG
1. Fakulti Undang-Undang (FUU) telah mewujudkan tiga (3) tabung Akaun Khas Universiti (AKU) iaitu 305, 306 dan 310.
2. Pihak pengurusan FUU telah bersetuju untuk menstruktur semula tabung-tabung yang ada agar ianya lebih berfokus di masa hadapan.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Tabung Kebajikan Pelajar Dan Pembangunan Prasarana FUU (FUU3) adalah untuk:
1. Menyelaras kembali tabung-tabung AKU FUU sedia ada.
2. Membantu kebajikan pelajar serta dana kecemasan.
3. Pembangunan Prasarana.
CADANGAN DAN MANFAAT
Tabung Kebajikan Pelajar Dan Pembangunan Prasarana FUU (FUU3) ini diwujudkan bagi membantu untuk pendanaan kepada kebajikan pelajar dan pembangunan prasarana. Penubuhan tabung ini akan memberi manfaat kepada pelajar FUU secara amnya. Antara projek yang ingin dilaksanakan adalah:
1. Penambahbaikan dan pemodenan prasarana.
2. Pembangunan dan pembinaan baru prasarana.
3. Sumbangan kepada pelajar golongan B40 dan mengalami musibah.
STRUKTUR GOVERNAN DAN TADBIR URUS
1. Jumlah dana yang diperlukan : RM100,000.00
2. Perincian unjuran perbelanjaan/kegunaan dana:
i. Penambahbaikan dan pemodenan prasarana : RM30,000.00
ii. Pembangunan dan pembinaan baru prasaranan : RM50,000.00
iii. Sumbangan kepada pelajar golongan B40 dan mengalami musibah : RM20,000.00
Tempat: UKM