Dana Wakaf Khas Perolehan Perabot Anjung Qurani (AWU10)

TUJUAN/LATAR BELAKANG

 

1. Projek Pendanaan Anjung Qurani telah dumulakan pada Mac 2019 bertujuan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan terutamanya Fakulti Pengajian Islam.

2. Pembinaan Anjung Qurani telah dilakukan di Unit Arab dan Tamadun Islam, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)

3. Pembangunan kerja fizikal melibatkan kerja tapak, mekanikal dan elektrikal telah siap sepnuhnya dan penyerahan tapak telah dilakukan pada 18 Ogos 2021.

4. Kutipan dana masih diperlukan bagi tujuan membeli keperluan perabot Anjung Qurani

5. Perpustakaan Tun Seri Lanang berhasrat untuk menubuhkan sebuah wakaf khas yang mensasarkan pembelian/pendanaan perabot Anjung Qurani bernilai RM13,650.

 

OBJEKTIF

 

Wakaf Khas Perolehan Perabot Anjung Qurani adalah untuk;

i. Melengkapkan prasarana di Anjung Qurani.

ii. Memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna Anjung Qurani.

 

CADANGAN PROJEK WAKAF

 

1. Wakaf Khas ini diwujudkan bagi membantu PTj untuk pembelian/pendanaan perabot Anjung Qurani bernilai RM14,000.

2. Cadangan perolehan perabot adalah seperti jadual dibawah:

 

 

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA (RM)

JUMLAH (RM)

1

Meja (12” panjang, 20” Lebar, 40” tinggi)

1

2,000.00

2,000.00

2

Meja (6” panjang, 20” Lebar, 40” tinggi)

1

1,500.00

1,500.00

3

Kerusi

5

650.00

3,250.00

4

Sofa bentuk Bintang

6

650.00

3,900.00

5

Kabinet Rak Buku

2

800.00

1,600.00

6

Hiasan Khat (3’ x 3”)

2

700.00

1,400.00

7

Meja sisi tepi

2

175.00

350.00

JUMLAH

14,000.00

 

 

 

Tabung Wakaf Khas Perolehan Perabot Anjung Qurani ini amat perlu ditubuhkan bagi memastikan ruang Anjung Qurani yang telah siap dibina dapat dilengkapkan dengan prasarana mengikut perancangan dan matlamat asal penubuhan Anjung Qurani iaitu ruang yang kondusif serta menepati keperluan pelanggan bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Di samping itu dapat menambahbaik perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan untuk manfaat pengunjung perpustakaan.

 

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



65.078571428571

RAISED : RM 9,111.00

GOAL : RM 14,000.00