Dana Wakaf Khas Khidmat Budi (AWU11)

LATAR BELAKANG

 

Jawatakuasa Khidmat Budi berhasrat untuk menubuhkan dana wakaf di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM yang berfokus kepada pendanaan wakaf tunai yang kepada pemerkasaan aktiviti kebajikan, pembangunan dan pendidikan.

 

Segala aktiviti di bawah Dana Wakaf Khidmat Budi ini akan dilaksanakan berteraskan aktiviti yang menjamin kestabilan ekonomi, kesihatan & kesejahteraan, komuniti & Sosial dan pendidikan. Ini meliputi bidang Sains dan Teknologi, dan Sains Kemanusiaan.

 

Terdapat empat bidang tujahan utama di bawah entiti ini iaitu (1) polisi dan dasar, (2) penciptaan kekayaan, (3) kemampanan melalui adaptasi teknologi baharu, dan (4) komuniti serta masyarakat umum. 

 

OBJEKTIF

 

i. Membantu dari segi pendidikan dan penyelidikan dengan menawarkan kepakaran dan akses kepada pendidikan tinggi bagi menaik taraf pendidikan warga UKM dan masyarakat umum.

ii. Membantu dalam kesejahteraan ekonomi dengan membuka peluang pekerjaan khususnya dalam bidang keusahawanan bagi menjamin kestabilan dan kesaksamaan pendapatan isi rumah.

iii. Membantu dalam usaha penjagaan kesihatan dan kesejahteraan dengan memberi akses kepada keperluan asas, perlindungan sosial dan jaminan makanan.

iv. Membantu komuniti dan sosial dengan memberi sokongan dan memperbanyakkan aktiviti dengan keterlibatan komuniti termasuklah alumni. 

 

CADANGAN PROJEK WAKAF

 

i. Dana Wakaf ini diwujudkan bagi membantu untuk mendapatkan pendanaan wakaf tunai bagi melaksanakan program di bawah teras aktiviti Khidmat Budi.

ii. Dana yang dikumpulkan akan dilaburkan dan hanya keuntungan pelaburan yang akan digunakan bagi menggerakkan aktiviti di bawah Dana Wakaf Khidmat Budi.

iii. Antara teras aktiviti Khidmat Budi adalah (i) My Digital Budi, (ii) pendidikan warga, (iii) kesejahteraan komuniti, (iv) hal ehwal pelajar, dan (v) keusahawanan. 

 

MANFAAT

 

Penubuhan Wakaf Khas Khidmat Budi ini secara khususnya akan memberikan manfaat kepada golongan pelajar, warga emas, orang kurang upaya dan orang asli dari segi kestabilan ekonomi, pendidikan, kesihatan & kesejahteraan dan komuniti & sosial.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



21.84066

RAISED : RM 218,406.60

GOAL : RM 1,000,000.00