Tabung Wakaf Khas Pembinaan Surau Baitul Iman - Pusat GENIUS@pintar Negara

 

PENGENALAN

Surau merupakan institusi utama agama Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai tempat beribadat, malah mempunyai pelbagai fungsi dalam melahirkan insan pelajar yang berjiwa murni dan berakhlak mulia. Kewujudan surau ini akan dapat memantapkan lagi usaha pembentukkan keperibadian pelajar Pusat GENIUS@pintar Negara UKM yang memiliki ciri-ciri seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Keperibadian tersebut akan dijelmakan dalam sikap bertanggunjawab, sentiasa bermotivasi, semangat sukarela dan patriotik, yang merupakan teras dalam menggerak dan memacu kemajuan serta kemakmuran Negara. Keberadaan surau yang selesa adalah penting bagi memenuhi keperluan program-program pengisian rohani serta meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kemasyarakatan setempat. Dengan bermatlamat membangunkan sahsiah dan kecemerlangan insan yang seimbang dan sejahtera, adalah diharapkan surau yang dibina ini dapat berperanan sebagai wadah yang mampan dalam usaha melahirkan generasi masa Negara yang terbaik tanpa mengira latar belakang. Kewujudan surau ini adalah bersandarkan pada konsep-konsep utama pentarbiahan akhlak insan yang menjadi tunggak utama kemenjadiandan keemerlangan manusia yang bakal manjadi pewaris Negara ini.

 

MISI

Misi pembinaan Surau Baitul Iman adalah

1. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Universiti supaya dapat membentuk pelajar untuk mengimbangi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

2. Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3. Menjaga nama baik Universiti dan Pusat sebelum, sepanjang dan selepas pembinaan surau dijalankan.

 

MATLAMAT

Matlamat penubuhan surau ini adalah:

1. Membangunkan dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar beragama Islam di pusat ini.

2. Menarik dan menggalakkan individu Islam kearah mendekatkan diri dengan agama disamping memupuk/membina akhlak yang baik.

3. Memberi motivasi diridan memaksimumkan keyakinan diri pelajar melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang akan disediakan.

4. Melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin disamping mengetengahkkan pengisian intelektual dan kehidupan bersosial.

5. Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman, dan jati diri pelajar.

 

OBJEKTIF

Objektif yang perlu dicapai adalah

1. Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan pelajar Pusat GENIUS@pintar Negara.

2. Memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tututan Islam.

3. Mewujudkan Tabung Wakaf bagi membolehkan orang ramai menyumbang dana untuk pembangunan Surau Baitul Iman.

 

RASIONAL

1. Ketiadaan surau khas di dalam kawasan Pusat GENIUS@pintar Negara UKM yang selesa.

2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau khas untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

3. Keperluan pelajar yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.

4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur.

 

PENUTUP

Pembinaan Surau Baitul Iman Pusat GENIUS@pintar Negara UKM ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga Pusat. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara Pusat an Universiti, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang megharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga Pusat.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



0.67951444327951

RAISED : RM 44,623.00

GOAL : RM 6,566,895.00