Tabung Khas Khidmat budi (FEP5)

LATAR BELAKANG

Tabung Khidmat Budi merupakan satu platform yang telah dibangunkan bagi memperkasakan aktiviti pendanaan dan kesukarelawan dalam membantu komuniti dan masyarakat. Bagi menggerakkan usaha ini, Tabung Khas Khidmat Budi perlu diwujudkan bagi menyimpan sumbangan, derma atau dana dari jaringan masyarakat, komuniti dan alumni.

 

OBJEKTIF 

Objektif penubuhan Tabung Khas Khidmat Budi adalah untuk membantu komuniti dan masyarakat dari golongan pelajar, orang asal, ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya, serta beberapa komuniti lain yang akan diteliti dari semasa ke semasa.

Selain itu, aktiviti dan sumbangan bersama komuniti dan masyarakat akan dirancang bagi menjayakan tujuan menwujudkan Tabung Khas Khidmat Budi ini. Antaranya adalah sumbangan peralatan digital, foodbank, program keusahawanan, kelas tuisyen, program khidmat masyarakat, program bersama asnaf dan warga emas serta aktiviti-aktiviti yang akan diteliti dari semasa ke semasa.

 

 

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



42.524349

RAISED : RM 425,243.49

GOAL : RM 1,000,000.00