Tabung Wakaf Khas Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) (AWU6)

LATAR BELAKANG

Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) ditubuhkan pada 1 April 1995 sebagai pusat penyelidikan sains sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 15 Ogos 2013, IMAS digabungkan denagn Institut Kajian Oksidental (IKON) dan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB). Berikutan penggabungan tersebut, IKMAS mempunyai tiga pusat yang memberi tumpuan kepada kajian globalisasi dan oksidentalisme terhadap empat rantau: (1) Asia termasuk Asia Barat; (2) rantau Oksiden; dan (3) Amerika Latin. Selain itu, kajian Afrika akan diberi tumpuan pada masa depan.

 

VISI IKMAS

Menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan dalam kajian rantau dan rentas rantau untuk membina pemahaman mengenai transformasi sejarah dan kontemporari dengan mengambil kira kepentingan masyarakat Malaysia.

 

MISI IKMAS

Menjalankan penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan secara bersama ke arah menjadikan IKMAS sebagai institut yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan global bagi penyelidikan antar-disiplin.

 

MATLAMAT PENDIDIKAN IKMAS

1. Melaksanakan penyelidikan asas, gunaan, dan strategik termasuk input dasar yang membawa manfaat kepada masyarakat;

2. Menggalakkan kerjasama penyelidikan dan dialog di peringkat kebangsaan dan global;

3. Menyumbang kepada wacana globalisasi, oksidentalisme dan transformasi sosial daripada sudut pandangan negara membangun;

4. Membina modal insan dan memupuk kesarjanaan mandiri melalui pengajian pasca-siswazah.

 

Selaras dengan visi, misi dan matlamat Pendidikan IKMAS, Institut Kajian Malaysia dan Antrabangsa (IKMAS) telah mewujudkan satu tabung Wakaf Khas IKMAS sebagai satu sumber kewangan untuk perkembangan penyelidikan dan prasarana IKMAS.

Dana wakaf yang terkumpul ini akan dilaburkan dan keuntungan pelaburan ini akan digunakan bagi tujuan-tujuan am sleagi tidak bercanggah dengan syarat wakaf yang telah ditetapkan. Wakaf Khas ini akan dikumpulkan daripada pihak luar dan akan disimpan oleh pihak Bendahari UKM di bawah pemantauan IKMAS, Yayasan Canselor dan Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung Wakaf IKMAS.

 

OBJEKTIF

Penubuhan tabung wakaf Khas IKMAS bertujuan:

i. Membudayakan wakaf bagi tujuan ilmu dan prasarana pendidikan universiti;

ii. Menyediakan sumber kewangan bagi membiayai projek penyelidikan dan penerbitan IKMAS;

iii. Menyediakan sumber kewangan kepada penyediaan prasarana yang bermanfaat kepada IKMAS;

iv. Menyediakan sumber kewangan untuk memperolehi kepakaran ilmu dari dalam dan luar negara; dan

v. Hal-hal lain selagi tidak bercanggah dengan syariah.

 

IKMAS hanya menggunakan keuntungan yang diperolehi daripada kutipan Tabung Wakaf Khas tersebut sahaja. Jumlah nilai asas (ain) dan wakaf IKMAS adalah kekal. Jumlah dana disasarkan untuk Tabung Wakaf IKMAS ini adalah terbuka. Tiada jumlah maksimum ditetapkan.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



0.0135

RAISED : RM 675.00

GOAL : RM 5,000,000.00