Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
LATAR BELAKANG
Masjid UKM merupakan pusat yang berfungsi sebagai penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah di UKM.
Oleh sebab itu, Masjid UKM bertindak sebagai pusat sehenti bagi segala aktiviti keagamaan, kebajikan, kemasyarakatan, kesukarelawan dan lain-lain yang berkaitan di UKM dan sepanjang tahun Masjid UKM mengadakan aktiviti dan program menyebarkan dakwah dan mengimarahkan masjid.
Masjid UKM membelanjakan kos yang tinggi setiap tahun bagi aktiviti-aktviti pengimarahan masjid disamping perlu menyediakan kemudahan yang kondusif kepada jemaah. Oleh hal demikian, Masjid UKM perlu mengumpul dana bagi menampung kos perbelanjaan tersebut.
OBJEKTIF
Mengumpul dana bagi menampung kos pengurusan, naiktaraf dan aktiviti pengimarahan Masjid UKM sepanjang tahun.
Masjid UKM membelanjakan kos yang tinggi setiap tahun bagi aktiviti dakwah dan pengimarahan masjid disamping menaiktaraf dan menyediakan kemudahan yang lebih kondusif kepada jemaah.
Oleh hal demikian, Masjid UKM memerlukan bantuan sumbangan dari warga dan bukan warga bagi menampung kos perbelanjaan tersebut.
TUJUAN UTAMA
1. Menaiktaraf sistem siaraya Masjid UKM
2. Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan Masjid UKM
3. Menampung perbelanjaan bagi aktiviti pembangunan dan pengimarahan Masjid UKM seperti program berbuka puasa, daurah, ceramah dan lain-lain.
Tempat: Pusat Islam UKM