Tabung Prasarana Fakulti Undang Undang (AKU306)

PENGENALAN

Mengimbau peristiwa bersejarah pada 1 Februari 1984 dengan pengambilan 36 Pelajar Kursus Matrikulasi Undang-Undang di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi menandakan permulaan penubuhan Fakulti Undang-Undang, UKM. Kini, setelah 37 tahun penubuhannya, Fakulti Undang-Undang UKM terus mengukir nama dengan tersenarai dalam tangga tiga teratas bagi Fakulti Undang-Undang terbaik di seluruh Malaysia. FUU UKM berjaya meraih carta kedua terbaik Fakulti Undang-Undang di Malaysia dan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi untuk menjadi Fakulti Undang-Undang terbaik di Malaysia. Bukan sahaja menempah nama di dalam negara, bahkan FUU UKM juga telah tersenarai dalam senarai 201-250 dalam QS World University Ranking berdasarkan subjek iaitu “Law and Legal Studies”. Selari dengan imej fakulti yang berprestij, Fakulti Undang-Undang terus berusaha dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran undang-undang agar melahirkan graduan undang-undang yang berkualiti dan berdaya saing.

 

KENYATAAN PERMASALAHAN

Imej dan kualiti yang baik merupakan aset utama bagi sesebuah organisasi. Ini tidak terkecuali bagi sesebuah universiti di mana di samping peranan universiti dalam melahirkan graduan yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, penyediaan prasarana yang lengkap, ruang belajar dan kerja yang selesa, selamat dan kondusif adalah amat penting dalam meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran serta tempat kerja yang selesa dan selamat. Kemudahan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan dan keselesaan kesemua warga Fakulti Undang-Undang secara keseluruhan yakni bukan sahaja pelajar, akan tetapi juga ahli pengurusan, kakitangan akademik serta kakitangan profesional dan pelaksana. Ini kerana, dalam sesebuah organisasi, semua pihak di setiap lapisan adalah tulang belakang kepada organisasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing bagi membentuk organisasi yang kukuh dan cemerlang.

 

RASIONAL PENUBUHAN TABUNG

Melihatkan kepada kenyataan permasalahan di atas, justeru itu, pejabat TDJA bercadang untuk menubuhkan sebuah tabung prasarana fakulti undang-undang UKM yang mana tabung ini dianggarkan mampu menampung keperluan fakulti dalam menambah baik prasarana bagi mendapatkan kualiti pembelajaran yang baik bagi pelajar FUU serta keselesaan tempat kerja bagi warga FUU, UKM keseluruhannya.

Pejabat Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni telah menyenaraikan beberapa cadangan tambah baik prasarana yang boleh dijalankan melalui dana yang diperoleh dari tabung ini:

 

Penambahbaikan dan Pemodenan

- Bilik tutorial – 6 bilik

- Bilik seminar – 3 bilik

- Dewan kuliah – 2 dewan

- Bilik-bilik pusat (BLG, Makmal computer, KLBG) – 3 bilik

- Bilik rehat pelajar – 2 bilik

- Taman – 2

 

Pembangunan dan Pembinaan Baru

- Surau Kakitangan (pada masa ini hanya ada satu surau sahaja yang mana surau ini digunakan oleh pelajar dan kakitangan fakulti)

- Ruang kerja (pada masa ini, fakulti kekurangan ruang kerja bagi menampung pertambahan guna tenaga/kakitangan)

- Ruang Rehat bagi kakitangan akademik serta kakitangan profesional dan pelaksana)

- Ruang Riadah/Gimnasium (memupuk budaya sihat di fakulti)

- Ruang Perniagaan (menjana pendapatan fakulti)

- Ruang Alumni

- Dewan Serbaguna (disewa kepada kakitangan UKM dan orang awam bagi tujuan penjanaan)

- Kenderaan Rasmi Fakulti

 

Antara rasional penubuhan tabung ini kepada fakulti secara ringkas adalah:

- Kemudahan sedia ada sudah terlalu lama dan terdapat beberapa kerosakan yang memerlukan peruntukan bagi menampung kos baik pulih dan tambah baik

- Menaiktaraf premis yang sedia ada dan sistem pengajaran yang berteknologi tinggi untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan graduan yang celik teknologi

- Keselesaan dan keselamatan para pelajar di ruang belajar serta keseluruhan fakulti

- Keselesaan dan keselamatan ahli pengurusan, kakitangan akademik serta kakitangan profesional dan pelaksana di ruang kerja

- Kemudahan infrastruktur yang lebih berkualiti dan canggih selari dengan arus teknologi bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti

- Meningkatkan imej fakulti dalam mempromosi FUU dan UKM di peringkat antarabangsa

- Membentuk sebuah organisasi yang kukuh dan cemerlang

- Meningkatkan kebolehpasaran fakulti dan universiti di pasaran dunia

 

PERANCANGAN KEWANGAN/SASARAN JUMLAH SUMBANGAN

Berikut merupakan anggaran kos penambahbaikan dan pemodenan serta pembangunan dan pembinaan baru bagi Fakulti Undang-Undang:

 

Anggaran kos penambahbaikan dan pemodenan

a. Bilik Kuliah (6 unit) - RM120,000.00

b. Bilik Seminar (3 unit) - RM120,000.00

c. Dewan Kuliah (2 unit) - RM400,000.00

d. Bilik- Bilik Pusat (3 unit) - RM240,000.00

e. Bilik Pelajar (2 unit)- RM80,000.00

f. Taman (2) - RM100,000.00

JUMLAH KOS - RM1,060,000.00

 

Anggaran kos pembangunan dan pembinaan baru

a. Dewan Serbaguna - RM1,000,000.00

b. Ruang Alumni, Ruang Kerja & Ruang Rehat - RM500,000.00

c. Ruang Perniagaan & Ruang Riadah/Gym - RM500,000.00

d. Surau Staf (Lelaki dan Perempuan) - RM200,000.00

e. Kenderaan Rasmi Fakulti - RM500,000.00

JUMLAH KOS - RM2,700,000.00

 

JUMLAH KESELURUHAN SASARAN - RM3,760,000.00

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



0.018882978723404

RAISED : RM 710.00

GOAL : RM 3,760,000.00