Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Tujuan penubuhan tabung ini adalah bagi memberi peluang kepada seluruh Alumni FSSK UKM untuk memberi sumbangan kepada Fakulti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan pelajar FSSK.
Tabung Alumni ini merupakan inisiatif yang dilancarkan FSSK dengan kerjasama Yayasan Canselor UKM.
Bersesuaian dengan misi FSSK dalam membentuk suasana penjanaan ilmu terkamil untuk pembangunan insan yang bergerak seiring dengan arus semasa dalam acuan kebangsaan, maka besarlah harapan Fakulti kepada Alumni-Alumni FSSK agar dapat memberikan sumbangan bakti ke Fakulti dalam menjayakan misi tersebut, bak kata pepatah “Bagai sirih pulang ke gagang”.
Kembang mekar bunga telipuk
Sambil berperahu dipetik dagang,
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang
Tempat: UKM