Tabung Transformasi Masjid Universiti

OBJEKTIF

Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memerlukan bantuan sumbangan warga dan bukan warga bagi tujuan kerja baik pulih, ubah suai dan naik taraf ruang aras 3 Masjid Universiti bagi keselesaan pengguna.

 

PERANCANGAN

Perancangan pihak Masjid Universiti dalam merealisasikan trasformasi ini adalah melalui sumbangan orang ramai. Antara proses yang ingin dilakukan adalah:

 1. Menukar karpet/lantai kayu baharu di keseluruhan tingkat 3.

2. Menukar saluran air paip, saluran kumbahan, tail, kepala paip di 2 buah bilik air.

3. Membaiki kebocoran dinding, keretakan dan kerosakan dinding.

4. Menukar semua peralatan elektrik seperti lampu, kipas, pembesar suara, kipas penyedut udara dan lain-lain.

5. Ubah suai bilik hadapan kepada bilik komputer, pengajian umum dan bilik perbincangan.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



3.008679245283

RAISED : RM 15,946.00

GOAL : RM 530,000.00