Tabung Usahawan Pelajar UKM-CESMED

LATAR BELAKANG

UKM-CESMED merupakan pusat perkhidmatan pendidikan keusahawanan di UKM yang berperanan dalam meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan pelajar-pelajar termasuklah pihak luar iaitu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan komuniti sekeliling.

 

OBJEKTIF

Objektif penubuhan CESMED selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mengandungi pelaksanaan 4 inisiatif berdasarkan 2 strategi di bawah Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) iaitu membangun graduan berciri keusahawanan unggul dengan mebuka minda mereka daripada pencari pekerjaan (job seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator).

 

Bagi merealisasikan objektif tersebut, CESMED telah mengambil tanggung jawab untuk menawarkan perkhidmatan pembelajaran dan pengajaran dalam aspek Keusahawanan Akademik (AE) dan Keusahawanan Bukan Akademik (NAE).

 

Ekoran dari penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, salah satu usaha CESMED dalam menangani masalah pengangguran adalah dengan menghasilkan lebih ramai pelajar yang mempunyai ‘entrepreneurial mindset’ seterusnya menjadi pengasas perniagaan (Business founder) yang mampu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan disamping dapat memulihkan serta meningkatkan ekonomi negara yang semakin merudum.

 

TUJUAN UTAMA

1. Menyediakan ruang bagi usahawan pelajar UKM yang berpotensi untuk mendapatkan dana dari para penyumbang.

2. Meningkatkan jumlah lulusan IPT yang menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya.

3. Mengurangkan bilangan pengangguran dalam kalangan graduan seterusnya menjadi penyumbang kepada peluang pekerjaan.

 

KUMPULAN PENERIMA

1. Pelajar UKM yang masih dalam tempoh pengajian; atau

2. Alumni UKM tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh bergraduat dan mengalami masalah pengangguran serta berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM



1

RAISED : RM 250.00

GOAL : RM 25,000.00