Tabung Wakaf Khas Mesin X-ray Pusat Kesihatan Universiti

 

PENGENALAN

Pusat  Kesihatan Universiti telah dilengkapi oleh mesin radiografi am sinar-X (X-ray) seawal tahun 1997. Mesin ini digunakan untuk menjalankan prosedur diagnostik am sinar-X bagi memudahkan rawatan perubatan yang berkesan dapat diberikan kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, mesin sinar-X ini telah digunakan hampir 23 tahun dan merupakan sebuah mesin sinar-X yang ketinggalan daripada segi aspek spesifikasi keperluan perubatan dan ketahanan penjagaan mesin tersebut berbanding mesin sinar-X yang baharu digunakan meluas pada masa kini yang lebih canggih, moden, serta menepati keperluan dalam aspek perubatan moden yang diterapkan di Pusat Kesihatan Universiti.

 

TUJUAN

Pembelian mesin radiografi am sinar-X (X-ray) digital yang baharu bertujuan untuk naik taraf mengikut justifikasi keperluan perubatan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang berkualiti di Pusat Kesihatan Universiti.

 

OBJEKTIF

1.  Meningkatkan lagi mutu perkhidmatan radiografi am sinar-X di Pusat Kesihatan Universiti seiring dengan keperluan kemudahan perubatan moden pada   era 2020.

2.  Memudahkan pengendalian mesin sinar-X yang baharu dan canggih oleh Juru Sinar-X (X-ray) di Pusat Kesihatan Universiti disamping mengurangkan ralat kerosakkan imej sinar-X yang dihasilkan dan seterusnya mengurangkan risiko pendedahan sinar-X berulangkali kepada pesakit yang terdiri daripada kalangan pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Meningkatkan lagi ketepatan dan kejituan diagnosa yang dibuat oleh Pegawai Perubatan daripada penghasilan imej sinar-X yang berkualiti dan jelas.

4.  Meningkatkan lagi jumlah wang penjanaan di Pusat Kesihatan Universiti dengan menyediakan perkhidmatan sinar-X yang moden dan berkualiti kepada pelanggan yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan asas yang merangkumi pelajar baharu tanggungan kakitangan, dan orang awam.

 

BELANJAWAN

1.   Mesin Radiografi Am Sinar-X (X-ray)

Kos anggaran pembelian mesin radiografi am sinar-X yang baharu bermula dianggarkan sebanyak RM1,500,000.00 termasuk kos pengubahsuaian bilik sinar-X di Pusat Kesihatan Universiti bagi menampung kapasiti fungsi dan ruang mesin sinar-X yang baharu.

2.   Kos Pengubahsuaian Bilik Sinar-X

Kos ini juga perlu diambil kira kerana untuk memastikan mesin sinar-X yang baharu dapat menjalankan fungsi yang sempurna bagi menghasilkan imej sinar-X yang berkualiti dan jelas. Kos pengubahsuaian ini akan ditafsirkan oleh pihak syarikat tersebut mengikut jenis model mesin sinar-X yang akan dibeli oleh Pusat Kesihatan Universiti.

 

PENUTUP

Sehingga kini perkhidmatan X-ray di Pusat Kesihatan Universiti tergendala oleh sebab mesin yang sedia ada telah mengalami kerosakan dan sedang dibaikpulih. Oleh yang demikian pihak PKU amat berharap agar mesin X-ray baharu dapat disediakan demi memberi manfaat perkhidmatan kepada seluruh warga UKM.

 

 

Info Tabung Sumbangan

Tempat: UKM Bangi



0.049

RAISED : RM 490.00

GOAL : RM 1,000,000.00