Dana Wakaf Pembangunan Anjung Qurani, PTSL UKM

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN "ANJUNG QURANI"

 

         i.            Anjung Qurani akan dibangunkan di dalam Koleksi Arab dan Tamadun Islam, Aras 4, PTSL.

 

       ii.            Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah dibangunkan sejak tahun 1970 serentak dengan penubuhan perpustakaan dan Fakulti Islam, UKM dan koleksinya telah berkembang kepada 150,000 naskhah sehingga kini.

 

     iii.            Ruang koleksi ini sering dikunjungi dan digunakan oleh pelajar UKM dan pelawat daripada universiti awam luar seperti USIM, KUIS, UNISZA, UM, UIAM, UIM, UPM dan sebagainya. Sejak 2010 hingga kini, jumlah pinjaman bahan Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah direkodkan berjumlah 630,265.

 

     iv.            Selaras dan perkembangan teknologi serta Revolusi Industri 4.0, keperluan kepada ruang pembelajaran digital, interaktif, kondusif dan moden amat diperlukan oleh semua bidang pengajian termasuk pengajian Al-Quran, Sunnah dan Hadis.

 

OBJEKTIF

 

·         Menyokong keperluan pembelajaran Fakulti Islam UKM, warga kampus UKM dan komuniti luar.

·         Menyediakan kemudahan yang kondusif dan menepati keperluan pelanggan dalam usaha menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.

·         Menyokong usaha transformasi perkhidmatan dan ruang perpustakaan dalam memberikan kemudahan yang selesa kepada pelanggan perpustakaan.

·         Menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga kampus UKM dan komuniti luar.

 

REKABENTUK, HIASAN DALAMAN, SPESIFIKASI

 

i.                     Anjung Qurani ini akan dilengkapi dengan peralatan seperti berikut:

 

·         Kelengkapan ICT seperti komputer

·         Alat bantuan pendengaran

·         Papan tulis interaktif

·         Perisian Al-Quran dan hadis

·         Naskhah Al-Quran

·         Perabot dan buku rujukan yang bersesuaian

·         pentas bagi acara kuliah, bedah kitab

 

ii.                   Saiz Anjung Qurani ini ialah 24.5 kaki (panjang) x 35 kaki (lebar) = 857.50 kaki persegi.

 

AKTIVITI YANG DI CADANGKAN

·         Kelas pengajian Al-Quran dan Hadis

·         Pengumpulan Koleksi Mushaf Qiraat

·         Kuliah, Ceramah Kitab dan Hadis

·         Bedah Kitab

·         Program “Qur’an Hours”

·         Al-Qur’an / Hadis Online

 

ANGGARAN KOS PEMBANGUNAN

 Sebanyak RM 94,000.00.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: Perpustakaan Tun Sri Lanang