Dana Memperkasa Sosioekonomi Orang Asli Temuan, Kg. Kachau Luar

Penempatan PPRT komuniti Orang Asli Temuan di Kg Kachau, Sg Lalang, Kajang, Selangor terletak lebih kurang 40 km daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat 45 isirumah dengan purata pendapatan per kapita kurang daripada RM700. Kg Kachau terdiri dari dua kampung iaitu Kg. Kachau Luar dan Kg. Kachau Dalam.

Kerjasama UKM bersama rakan jaringan luar - rakan peran taruh (multi stakeholders) pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Usahawan Philantrophist dan badan-bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Ministry PIHD HFC telah dijalankan sejak tahap pertama projek yang dimulakan dalam projek penyelidikan EP-2015-001.  Tapi kini ada rakan strategik yang dapat membantu dalam perpindahan teknologi dan training of trainers.

Program ini merupakan inisiatif untuk mencari jalan memperkasa Orang Asli Temuan, meningkatkan sustainable livelihood serta meningkatkan daya saing mereka dalam arus pembangunan negara.  Program meliputi bengkel memperkasa kemahiran sedia ada dan baru, program jualan produk keraftangan & alatan traditional (alat muzik & buruan), ubatan tradisional; produk baru –homestay eko-pelancongan, & program sukarelawan kelestarian budaya Orang Asli Temuan.

Terdapat objektif  khusus :

a)  Meningkatkan pendapatan Orang Asli Temuan

b) Meningkatkan daya saing Orang Asli Temuan melalui latihan keusahawanan sosial

c)  Mengkomersialkan budaya dan pengetahuan indigenous Orang Asli Temuan;  dan

d) Membuka peluang akiviti eko pelancongan dan program homestay/kampungku di Kampung Orang Asli Temuan.

e)  Membuka peluang aktiviti pertanian komersial dan tanaman herba.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: Semenyih, Selangor



0.0205

RAISED : RM 205.00

GOAL : RM 1,000,000.00