Tajaan Pembelian Buku Elektronik Perpustakaan

Dengan peningkatan penggunaan media ‘social-casting’ serta produk berbentuk digital, UKM sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan tersebut untuk kegunaan bersama. Pembangunan dana ini adalah bagi tujuan penerbitan atau pembelian bahan-bahan ilmiah digital untuk diedarkan di masjid, surau, Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam kampus.

 

Pembelian media digital pelbagai tajuk serta mengikut keperluan PTj bakal memajukan gaya pembelajaran terkini. Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) UKM telah menubuhkan sebuah tabung dana khas untuk keperluan ini. PTSL bertanggungjawab dalam menguruskan kandungan serta edaran media pembelajaran digital tersebut bagi mendapatkan kepuasan pengguna yang lebih baik.

 

Projek Tajaan e-book – Dana berjumlah RM500,000.00 ini akan digunakan untuk pembelian e-book kegunaan pelajar dan staf UKM. Dana yang telah dilancarkan pada Julai 2017 ini tidak tertakluk kepada dermawan dalam UKM sahaja malah memerlukan bantuan masyarakat luar. Aktiviti pengumpulan buat masa sekarang adalah amat kurang memuaskan, langkah pelancaran semula dan aktiviti pemasaran disasarkan Februari 2018.

 

Kami amat memerlukan bantuan anda. Setiap kali media digital ini dimanfaatkan, anda bakal menerima ganjarannya. InsyaAllah.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia



0.1006

RAISED : RM 503.00

GOAL : RM 500,000.00