Tabung Alumni UKM

Tabung Alumni UKM

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun mengeluarkan seramai 189,385 graduan (sehingga tahun 2016).

 

Sejajar dengan peredaran zaman, UKM terus komited untuk meningkatkan kecemerlangan dan memastikan universiti terus berada dimercu kejayaan. Sehubungan itu, pelbagai medium diguna untuk memastikan wawasan UKM ini berjaya. Antara gerak kerja yang dibuat ialah memperkasakan alumni UKM kerana alumni-alumni ini merupakan refleksi kepada kejayaan UKM.

 

Sehubungan itu, dibawah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Unit Perhubungan Alumni diberi nafas baru. Berteraskan kepada mengembalikan kegemilangan alumni, maka pelbagai aktiviti dan program direncana untuk menarik minat Alumni untuk kembali ke alma mater.

 

Program dan aktiviti yang dianjurkan ini memakan perbelanjaan yang sangat besar misalnya Program Makan Tengahari Alumni bersama Naib Canselor menelan belanja sebanyak RM 2889.05. Program ini bakal dijalankan secara berkala tidak termasuk program- program alumni lain.

 

1) Tabung Aktiviti Alumni ini akan:

 

Menjadi sumber kewangan dalam mengadakan aktiviti bersama alumni yang akan memberi manfaat kepada pihak Universiti dan Alumni secara keseluruhan.

Penerbitan majalah SENADI dan bahan cetakan untuk alumni

Cenderamata alumni

 

2) Melalui penubuhan tabung ini dicadangkan sumber dana bagi Tabung Aktiviti Alumni diperolehi daripada:

 

25% daripada RM100 yuran pelajar tahun 1

 

3) Pemegang Amanah Tabung Aktiviti Alumni adalah:

 

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)

Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Alumni

Info Tabung Sumbangan

Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia



1.223

RAISED : RM 122.30

GOAL : RM 10,000.00