(DWIUKM) Dana Wakaf Ilmu UKM

DWIUKM (Dana Wakaf Ilmu UKM)

 

Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.

Dana Wakaf Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (DWIUKM) merupakan sebuah peluang kepada masyarakat untuk menyumbang wang tunai kepada UKM serupa pemegang amanah serta wakil sah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta niat mewakafkan sumbangan tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T demi kepentingan dan kemajuan ilmu ummah.

Dalam konteks Universiti, DWIUKM adalah sebuah inisiatif penjanaan dana menggunakan kaedah wakaf dengan tujuan untuk mewujudkan satu infrastruktur kewangan berjangkamasa panjang dan lestari bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, prasarana Universiti atau khidmat masyarakat setempat.

Sasaran pengumpulan hasil adalah terdiri dan tidak terhad dari individu, korporat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, koperasi, pulangan dari hartanah wakaf, hasil sektor-sektor industri serta pulangan portfolio pasaran kewangan.

Objektif DWIUKM

Paksi penggerak utama amalan sedekah jariah dalam usaha pembangunan dan pengimarahan ilmu ummah

Membangunkan prasarana ilmu dan ibadah untuk kegunaan semua lapisan masyarakat

Membangunkan dana wakaf yang kukuh supaya pengurusan kewangan untuk aktiviti kebajikan dan dakwah lebih lestari dan berkekalan.

 

Projek-projek DWIUKM dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Wakaf Prasarana, Wakaf Ilmu dan Wakaf Amal. Beberapa program telah dijadualkan sepanjang tahun dan disasarkan pengumpulan dana sejumlah RM 9.1 juta merangkumi pelbagai objektif dan sasaran pembiayaan akan dilakukan.

 

Wakaf Prasarana

 

Sumbangan Masjid

Dana naiktaraf masjid UKM adalah untuk menambahbaik serta menaiktaraf prasarana kemudahan dan ruang masjid UKM untuk kegunaan masyarakat. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk aktiviti berikut:

Naiktaraf ruang hadapan masjid; Mimbar dan Mihrab

Anggaran kos untuk kesemua aktiviti tersebut adalah sekitar RM 100k.

 

Pembangunan Dana Aset Lestari UKM

 

Perancangan 1:

Membangunkan dana prinsipal pelaburan prasarana bersifat jangka panjang untuk dimanfaatkan dalam bentuk pulangan simpanan dan pelaburan, atau kepada bentuk aset kekal sebagai sebahagian daripada aktiviti penjanaan pulangan hasil. UKM melalui Yayasan Canselor berhasrat untuk melabur dalam pembelian beberapa unit rumah kedai di sekitar kawasan Putrajaya yang sedang pesat membangun. Tercapainya sasaran dana ini dapat menjanjikan pengurusan dana yang lebih lestari dan meningkat.

Dana disasarkan sebanyak RM3 juta dimana pembelian aset hartanah dapat dilakukan.

 

Aktiviti lain; Sumbangan Wakaf Perumahan Uzur Bukit Puteri

 

Perancangan 1:

Membantu membaikpulih beberapa rumah uzur di perumahan staf berkepentingan UKM. Pihak pendaftar mencadangkan pemulihan untuk beberapa rumah yang digunakan staf kritikal; paramedik dll. Kos pemulihan sebuah rumah diunjurkan sebanyak RM60,000.00.

 

Wakaf Ilmu

 

Dana Kitab dan Media Ilmu

 

Perancangan 1: (wakaf khas)

Pembangunan dana ini adalah bagi tujuan penerbitan atau pembelian bahan-bahan ilmiah untuk diedarkan di Masjid, surau, Fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam kampus.

Projek Tajaan e-book – Dana berjumlah RM500,000.00 untuk pembelian e-book kegunaan pelajar dan staf UKM. Dana ini telah dilancarkan pada Julai 2017 dan sedang dalam pengumpulan. Aktiviti pengumpulan buat masa sekarang adalah amat kurang memuaskan, langkah pelancaran semula dan aktiviti pemasaran disasarkan Februari 2018. (to sectionalise)

 

Wakaf Amal

 

Dana Amal Umum “The Brain

 

Perancangan 1:

Dana yang bersifat Wakaf ‘Am ini adalah bertujuan untuk dimanfaatkan dalam bentuk memenuhi keperluan pembelajaran tiga kategori pelajar.

Golongan pelajar berprestasi tinggi

Golongan pelajar kategori B40

Golongan staf UKM serta anak staf UKM

Sasaran untuk 2018;

5 orang pelajar; 3 sarjana muda, 1 sarjana dan 1 Phd

Projek khas RM5.5 juta

 

Lain-lain keperluan Universiti seperti pembelian atau penyelenggaraan kenderaan khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), van jenazah, bas pelajar, alat paparan media, pembelian alat bantuan belajar pelajar buta, biasiswa pelajar miskin/asnaf dan sebagainya.

Info Tabung Sumbangan

Tempat: