Yayasan Canselor, Aras 4, Bangunan Canselori , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Dana Masjid UKM
Masjid UKM memerlukan bantuan sumbangan orang ramai untuk beberapa kerja baikpulih dan naiktaraf untuk keselesaan pengguna. Kerja-kerja baikpulih dan naiktaraf ini dilakukan dalam beberapa peringkat.
Perancangan 1:
Dana naiktaraf masjid UKM adalah untuk menambahbaik serta menaiktaraf prasarana kemudahan dan ruang masjid UKM untuk kegunaan masyarakat. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk aktiviti berikut:
Naiktaraf ruang hadapan masjid; Mimbar dan Mihrab
Pengubahsuaian aras 3 untuk menambah ruang kegunaan
Pembaikan bumbung masjid UKM
Naiktaraf tandas wanita
Anggaran kos untuk kesemua aktiviti tersebut adalah sekitar RM 100k.
Selain dari penyelenggaraan dan pembayaran operasi masjid, dana ini juga dapat menampung pembelian alat ganti seperti kelengkapan ibadah, kemudahan sistem audio, pendingin udara dan kitab suci untuk kegunaan masyarakat.
Tempat: Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia